Nur Amalina Che Bakri: Saya Tahu Batasan Sebagai Orang Islam

Thursday, January 05, 2012 by


KUALA LUMPUR, 5 Jan — Kecoh apabila pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004, Nur Amalina Che Bakri dikatakan mengalami kejutan budaya apabila gambarnya mengenakan “legging” dan bergambar dengan seorang lelaki mula tersebar dengan meluas di laman-laman sosial dan blog.
Amalina, 24, yang memperolehi 17 A1 dalam SPM yang sebelum ini dikenali dengan imej bertudung dikatakan telah berubah apabila gambarnya menunjukkan dia kini mengenakan pakaian yang menjolok mata dan dilihat telah berubah apabila berada di Universiti Edinburgh, United Kingdom selama lapan tahun.
Bagi menjawab persoalan tersebut, sekumpulan wartawan telah pergi ke kediaman ibunya, Sabariah Hassan, 52, di Taman Sri Saujana di Kota Tinggi untuk menemuramah Amalina dengan menggunakan sidang video Skype.


 
Dalam sidang video selama 45 minit itu, Amalina mengakui dirinya sedikit tertekan dengan perkara tersebut, namun begitu, dia tidak mudah melatah apabila terus menghubungi ibunya untuk mendapatkan pandangan.
“Saya terus hubungi ibu, saya sudah lali, namun begitu, perkara itu adalah tidak benar, itu hanya cerita negatif  ... saya tidak boleh menutup mulut orang untuk bercakap.
“Saya hanya jadi diri saya dan terima segala pandangan negatif itu,” katanya yang pernah dikaitkan dengan isu yang mengatakan dirinya gagal dalam peperiksaan dan pulang senyap-senyap ke tanah air.
Mengulas berkenaan isu memakai “legging” yang dikatakan menampakkan kulitnya, Amalina menjelaskan, “legging” berkenaan merupakan pemberian ibunya dan gambar tersebut diambil ketika mereka bercuti di Paris dua tahun lalu.
“’Legging’ itu pemberian ibu, dan gambar itu pun ibu yang tangkap ketika kami bercuti di Paris.
“Tak kan ibu nak beri saya pakaian yang koyak-koyak untuk anaknya pakai, itu cuma corak sahaja, saya suka berfesyen, dan ibu sendiri tidak halang hobi saya,” jelasnya.
Menjawab pertanyaan berkenaan gambarnya dengan seorang lelaki, Amalina menjelaskan, “itu adalah rakan karib saya, ibu kenal dia, gambar itu diambil semasa majlis hari jadi saya.
“Sebenarnya ada lagi seorang rakan perempuan saya dalam gambar, tetapi telah di ‘crop’,” katanya.
Tambahnya, perkara itu merupakan tindakan yang salah dan bertujuan untuk mengaibkan dirinya, malah, Amalina sendiri turut berterima kasih kepada pihak yang melakukan perkara itu.
“Memang ini saya yang sebenar, saya suka bergaya serta berfesyen dan ia bukan perkara baru, malah sejak kecil lagi.
“Mungkin timbul salah faham berikutan penampilan saya yang kerap bertudung di khalayak seperti di sekolah atau majlis rasmi, sedangkan di rumah atau bersama keluarga, saya tidak bertudung,” katanya lagi.
Amalina juga menyatakan, dia bersedia menerima teguran bagi membaiki dirinya, dan akan menjadikan perkara ini sebagai tauladan kepada dirinya pada masa hadapan.
“Janganlah menilai seseorang kerana penampilan luarannya sahaja, saya tahu batasan saya, ibu sudah ajar batasan agama yang perlu.
“Kalaulah Amalina terpengaruh dengan budaya Barat, dah lama Amalina jatuh, pelajaran entah pergi ke mana,” tambahnya dan memohon agar mereka yang menyebarkan gambar-gambar peribadinya itu membuang gambar tersebut kerana ia boleh mengundang pelbagai persepsi negatif terhadap dirinya.
“Ini akan menjadi tauladan buat Amalina, segala teguran akan saya jadikan sebagai panduan, tetapi janganlah babitkan ibu bapa,” katanya lagi mengakui terdapat komen-komen yang mencalarkan hatinya berhubung penyebaran gambar-gambar akaun Facebook miliknya itu.

Klik di sini... Video interview with Nur Amalina Che Bakri | JEJAKTREND
www.jejaktrend.com/.../video-interview-with-nur-amalina-che-bakri/
Video interview with Nur Amalina Che Bakri . Yesterday (4/1/2012) around 5.17 o'clock in the evening, a group of local reporters at Nur ...

Get more results from the past 24 hours



For about an hour long ‘skyping’ with Nur Amalina Che Bakri from UK, a series of video has been recorded to answer all the question by the public :

Video interview Nur Amalina Che Bakri

Video interview Nur Amalina Che Bakri – Academic progress :
Video interview Nur Amalina Che Bakri – reaction for the scorns :
Video interview Nur Amalina Che Bakri – Answer the issue of the photos that taken with a male friend :
Video interview Nur Amalina Che Bakri – “I know my limit” :
Video interview Nur Amalina Che Bakri – The wear of “tudung” issue :
Video interview Nur Amalina Che Bakri – “I ready to accept reprimand” :
Total 6 video interview with Nur Amalina Che Bakri. These believed to be enough to “close the case”..

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©