Gempar!! Mayat Seorang Wanita Bangun Ketika Upacara Pengkebumian

Saturday, January 28, 2012 by


Jaipur,India-Seorang wanita, Magan Kanwar berusia 72 tahun di India sempat sedarkan diri sebelum dibakar hidup-hidup ketika upacara pembakaran mayat untuk pengkebumian selepas doktor salah mengesahkan kematiannya.

Ahli keluarga yang sedang bersedih ketika menguruskan mayatnya untuk dibakar hampir-hampir meletakkan mayatnya pada kayu api yang disediakan untuk upacara apabila dia tiba-tiba "bangun" khamis lalu, demikian menurut The Times of India.

Salah seorang perempuan yang menguruskan mandi "mayat" sebagai persediaan tradisional untuk upacara itu perasan dia bernafas dan memberitahu ahli keluarganya untuk menghentikan pengebumian di Jaipur, barat laut India, segera dihentikan.
Kanwar dikejarkan ke hospital, di mana dia kini menjalani rawatan lanjut bagi pendarahan otak dialaminya ketika jatuh pada hari Selasa lalu yang dikatakan menjadi punca kepada 'kematiannya'.

Anaknya, Surendra Singh Rathore, menyatakan perasaan terkilan kerana doktor melakukan kesilapan dan terlalu awal mengisytiharkan ibunya sudah mati.

"Ketika menguruskan mayat ibu di samping melaksanakan beberapa ritual ,kami mendapati ibu saya masih bernafas dan hidup. Hasil pemeriksaan doktor kemudiannya mendapati degupan jantung dan tekanan darah ibunya adalah normal," katanya kepada The Times.

Sumber: The HeraldSun

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©