Gadis Mangsa Tsunami Aceh Disatukan Semula Dengan Ibu Bapanya Selepas 7 tahun

Friday, December 23, 2011 by
Wati atau nama sebenarnya Meri Yuranda berbaring disebelah ibunya, Yusniar binti Ibrahim Nur.

Banda Acheh,Indonesia: Tujuh tahun selepas dihanyutkan ke laut pada 2004 dan disangka mati, seorang mangsa tsunami Aceh yang berusia 15 tahun muncul di kampung halamannya dan disatukan semula dengan ibu bapanya.
Gadis bernama Wati itu dilaporkan disentap daripada genggaman ibunya di wilayah Aceh ketika berlaku tsunami sehari selepas sambutan Krismas dan dikhuatiri lemas, namun pada Rabu lalu, rakan kepada datuk gadis itu, Ibrahim, menemuinya duduk bersendirian di sebuah kedai kopi dan membawanya pulang ke rumahnya di bandar Meulaboh.

  Wati atau nama sebenarnya Meri Yuranda bersama bapanya Yusuf.

Menurut keterangan Wati selepas berakhir kejadian gelombang Tsunami beliau telah "dipergunakan" oleh seorang wanita dengan dipaksa untuk mengemis di jalanan,kadang-kala sehingga jam 1 pagi.Apabila beliau tidak lagi mampu membawa pulang wang,Wati telah dihalau keluar oleh wanita tersebut.

Apabila ditanya, Wati berkata dia datang dengan menaiki bas dari Bandar Aceh dan cuba mencari jalan pulang ke rumah tetapi tidak tahu caranya, menurut laporan portal berita The Telegraph pada Khamis.

Gadis itu berkata dia tidak dapat mengingati nama saudara maranya kecuali Ibrahim, membuatkan datuknya itu terfikir yang Wati mungkin cucunya yang lama hilang."Apabila saya melihat wajah ibu saya, saya dapat merasakan  ia adalah ibu kandung saya,"kata Wati, yang telah diberi nama itu oleh wanita yang menjaganya yang mempergunakan dirinya untuk menjadi pengemis.Nama asal Wati adalah Meri Yuranda.

Ibu Wati, Yusniar binti Ibrahim Nur, 35, berkata dia tidak memerlukan ujian DNA untuk membuktikan bahawa gadis itu adalah anak kandungnya kerana beliau amat yakin Wati adalah anak kandungnya yang telah hilang sejak tujuh tahun yang lalu."Wati juga  mempunyai wajah iras ayahnya dan mempunyai parut di atas mata serta tahi lalat di pinggul beliau.."

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©