Pengarah Kastam Perak Didakwa Terima Suapan Berjumlah RM80,000

Friday, September 19, 2014 by
l
PENGARAH Kastam Negeri Perak, Datuk Mohd Nasir Said (menutup kepala) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Jalan Duta, Kuala Lumpur, hari ini atas lapan tuduhan menerima suapan berjumlah RM80,000 daripada dua individu, dua tahun lalu. 


KUALA LUMPUR: Pengarah Kastam Negeri Perak, Datuk Mohd Nasir Said, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas lapan tuduhan menerima suapan berjumlah RM80,000 daripada dua individu, dua tahun lalu.

Mohd Nasir, 58, didakwa menerima wang berkenaan sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap barang yang tidak berkastam iaitu arak.

Mohd Nasir yang hadir ke mahkamah berbaju kemeja kelabu dan seluar hitam, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di depan Hakim Rosbiahanin Arifin, sebentar tadi.

Rosbiahanin membenarkan tertuduh diikat jamin RM80,000 dengan seorang penjamin, berserta syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah kemudian menetapkan 23 Oktober ini untuk sebutan semula kes.

Tertuduh sebelum ini pernah bertugas sebagai Pengarah Kastam di Melaka.



(Kredit: BH Online)

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©