Kesemua rokok jenama pengeluar British American
Tobacco kekal pada harga lama sebelum 8 September 2014 agar mampu
bersaing dengan pengeluar lain.
British American Tobacco Malaysia (BAT) hari ini mengumumkan harga rokok keluaran mereka dikekalkan pada harga lama selepas kenaikan sebanyak RM1 baru-baru ini.
Kesemua rokok jenama pengeluar tersebut kekal pada harga lama sebelum 8 September 2014 agar mampu bersaing dengan pengeluar lain.
"Untuk kekal berdaya saing, kami memutuskan untuk mengembalikan harga rokok kami sebelum 8 September 2014," kata Pengarah Urusan BAT Malaysia Stefano Clini dalam satu kenyataan hari ini.
Stefano menjelaskan kenaikan sebelum ini berpunca daripada peningkatan kos dalam pengeluaran rokok akibat beberapa faktor, antaranya disebabkan penyeludupan rokok haram ke Malaysia.
"Kenaikan harga lalu adalah kerana untuk menangani tekanan kos yang meningkat akibat kerugian disebabkan jumlah yang tinggi penyeludupan rokok haram, penurunan jumlah kontrak pengeluaran dan keseluruhan saluran perdagangan dan pengedaran," katanya.
Antara rokok yang kembali pada harga asal adalah Dunhill RM 12.00, Kent RM 12.00, Benson & Hedges RM 12.00, Peter Stuyvesant RM 10.50, Pall Mall RM 10.50, Lucky Strike RM 12.50 dan Rothmans International RM 12.50.
Setiap harga satu pek rokok 20 batang keluaran BAT Malaysia meningkat sebanyak RM1.00 kepada RM13 bagi sesetengah jenama dan berkuatkuasa mulai Isnin pada 8 September 2014.
Selain itu, pada 30 September tahun lalu juga menyaksikan kenaikan harga rokok setiap pek adalah sebanyak RM1.50 dan merupakan kenaikan tunggal terbesar dalam sejarah.
OLEH MD IZWAN
0 comments:
Post a Comment
KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©