Tumor Terbesar Di Dunia Berjaya Dibedah

Thursday, July 10, 2014 by
Yang Jianbin telah ditempatkan di dua buah katil hospital semasa pembedahan yang berjalan selama 16 jam .




TUMOR terbesar di dunia telah berjaya dikeluarkan daripada badan seorang lelaki melalui pembedahan.

Yang Jianbin, 37, dari China, dilahirkan dengan tanda lahir di belakang yang lama-kelamaan membesar kepada ketumbuhan seberat 110kg, dua pertiga daripada berat badannya.

Ketumbuhan yang begitu besar itu menyebabkan Yang hanya dapat berbaring atau duduk di atas katil sepanjang hari.

Keadaan perubatan itu dipanggil 'neurofibromatosis' yang merupakan satu gangguan genetik yang menjejaskan pertumbuhan normal tisu sel.


 


Dia menjalani pembedahan pertama apabila dia berusia 12 tahun di mana pada masa itu tumornya telah membesar kepada saiz genggaman.

Ketua pakar bedah Chen Minliang berkata: "Kami telah melihat pesakit neurofibromatosis sebelum ini, tetapi ini adalah tumor saraf terbesar yang kami pernah kami lihat."

Yang telah ditempatkan di dua buah katil hospital semasa pembedahan yang berjalan selama 16 jam.

Dia telah diberikan 5,000 ml darah, yang merupakan jumlah darah yang lebih daripada jumlah keseluruhan badan orang dewasa.

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©