Video: Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin Terkedu Kena Tengking Dengan Perempuan

Sunday, March 23, 2014 by


   

Segarang-garang Bomoh Ibrahim Mat Zin sampai berani memberi amaran mahu menampar menteri macam buaya dan menghantarnya ke alam ghaib, dia nyata terkedu apabila ditempelak oleh seorang wanita yang merupakan pengurus dan pengarah jualan sebuah hotel.

Suara lantang wanita tersebut bukan sahaja membuatkan Ibrahim bungkam, malah orang-orangnya juga kehilangan kata-kata.

Manalah wakil hotel tersebut tak marah, gara-gara perbuatan Ibrahim melakukan sidang media terdahulu di hotel tersebut, pengurus yang bertugas ketika itu telah diberhentikan kerja.

Nampaknya Ibrahim punya fasal, bukan nama negara saja tercemar malah hotel terbabit turut berasa demikian hingga mengambil tindakan terhadap kakitangannya yang membenarkan kenyataan Ibrahim dirakam di situ.

Bak kata director of sales hotel tersebut, kalau nak buat sidang media kenalah bayar dan hotel ada dewan khas untuk tujuan itu.

Kalau main terjah saja macam itu, apa mereka nak jawab kalau ditanya bos atau GM hotel?

Macam-macam hal bomoh Ibrahim ni.

Rasanya elok dia pasang bubu dan guna teropong bambu dia diam-diam sahaja daripada terus mencipta macam-macam drama di saat satu negara tengah risaukan MH370.

Saksikan video dibawah:
 


 OLEH REM RAMZI

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©