AL-FATIHAH..Gambar dua orang anak Dr. Vida yang meninggal dunia,
Muhammad Edrie Zikrie Mohd Amin,10 (kanan) dan Muhammad Eddie Zuhdie Mohd Amin,11.
Muhammad Edrie Zikrie Mohd Amin,10 (kanan) dan Muhammad Eddie Zuhdie Mohd Amin,11.
Usahawan Produk Kecantikan Vida Beauty, Dato’ Dr Hasmiza Othman yang lebih dikenali sebagai Dr. Vida redha dengan kehilangan dua anaknya ketika menjelang Aidilfitri beberapa hari lagi.
Sambil menganggap arwah anaknya, Muhammad Eddie Zuhdie,11, dan Muhammad Edrie Zikrie, 10, sebagai anak-anak yang soleh, beliau sering berdoa semoga mereka dimasukkan ke syurga tertinggi.
"Mereka anak yang soleh dan setiap malam sejak saya bersama mereka ini, mereka selalu berdoa untuk dapat syurga tertinggi.
"Memang mereka minta doa, ampun dosaku-ampun dosaku, ampun ibuku bagilah kami jadi anak yang soleh, bagilah kami jadi mudah masuk syurga tertinggi dan saya harap mereka berada di syurga tertinggi sekarang," katanya kepada pemberita dengan nada sedih dan pilu di rumahnya di Meru Hill, Bandar Meru Raya hari ini.
Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikrie bersama-sama seorang pekerja Vida Beauty, Mohd Nor Syamil, 26, terkorban dalam satu kebakaran di rumah pekerja di Meru Hill jam 9 malam kelmarin.
PRIHATIN..Kelihatan Ahli Parlimen Tambun, Dato' Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah dan Adun Manjoi Mohamad Ziad Mohamed melawat lokasi kebakaran.
Suasana pilu ketika Pengasas produk kecantikan Vida Beauty Datuk Dr Hamiza Osman atau dikenali sebagai Vida menyiram air mawar ke pusara kedua anak-anaknya yang selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Meru Raya di Ipoh, Perak, Ahad lalu.
Menurut Dr. Vida memang menjadi harapannya supaya kedua-dua arwah anaknya itu cepat membesar dan menjadi pewaris generasinya tetapi Tuhan lebih menyayangi mereka.
Beliau turut melahirkan rasa kecewa dan terkilan kerana tidak dapat bertemu kedua arwah anaknya itu sebaik tiba di lokasi kebakaran dari Pulau Pinang.
Menceritakan hubungan dengan anak-anaknya itu, beliau menceritakan kali terakhir membawa kedua-dua arwah melawat Negara China pada bulan Jun dan sebelum itu ke Jerman dan Perancis.
Beliau bagaimanapun menafikan dakwaan mengatakan bahawa kebakaran di rumah pekerja bersebelahan rumayhnya disebabkan pembakaran mercun.
Beliau menjelaskan semasa kebakaran itu, kedua arwah anaknya itu sedang bermain games dan beliau juga bersedia menunggu keputusan siasatan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat berhubung punca kebakaran itu.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam kelmarin, tiga termasuk dua anak pengasas produk kecantikan Vida Beauty berkenaan di sini yang turut
memusnahkan sebuah kereta mewah jenis Bentley, sebuah Perodua Kancil dan beberapa buah motosikal.
Dr Vida yang sudah berpisah dengan suaminya mempunyai empat orang anak, Muhammad Eddie Zhudie, 11, Muhammad Edrie Zikrie, 10, Edlin Zamiun. 8, dan Eric Zaquan.
Ketika kejadian, beliau berada di Pulau Pinang dan bergegas ke Ipoh sebaik sahaja mendapat berita itu.
0 comments:
Post a Comment
KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©