Polis Berjaya Selamatkan 15 Gadis Asia Selatan Daripada Menjadi Hamba Seks

Monday, July 22, 2013 by
 Pihak polis berjaya menemui gadis-gadis yang berasal dari Nepal, Bangladesh, Pakistan dan India itu di sebuah kelab eksklusif yang terletak di Jalan Inai, Kuala Lumpur. Gadis -gadis tersebut telah telah ditipu dan dipaksa meminum minuman keras dan dijadikan sebagai hamba seks.



Kuala Lumpur, 22 Julai – Tindakan pantas polis daripada maklumat awal yang diterima melalui Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menyelamatkan 15 gadis Asia Selatan dalam satu serbuan kes pemerdagangan manusia di Jalan Inai, semalam.

Ahli keluarga daripada salah seorang gadis yang menjadi mangsa sindiket tersebut telah menghantar pesanan peribadi kepada Facebook Rasmi PDRM pada 18 Julai lalu bagi meminta pertolongan polis Malaysia supaya mengesan gadis berkenaan selepas menerima panggilan telefon yang memaklumkan dia (gadis berkenaan) telah ditipu dan dipaksa meminum minuman keras dan dijadikan sebagai hamba seks.

Berdasarkan kepada maklumat tersebut, pihak polis segera menjalankan siasatan dan membuat serbuan di sebuah kelab eksklusif yang terletak di Jalan Inai, Kuala Lumpur dan berjaya menemui gadis yang dimaksudkan bersama mangsa-mangsa lain yang berasal dari Nepal, Bangladesh, Pakistan dan India.

Kejayaan kes tersebut berjaya membuktikan bahawa penggunaan media sosial oleh PDRM sebagai langkah yang proaktif dan berkesan dalam membantu orang awam membanteras dan menangani jenayah di Malaysia.


Kredit Sumber: FB PDRM
Kredit Gambar: The Star

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©