Brand DSLR Manakah Yang Paling Bagus?

Monday, April 22, 2013 by



Bagi yang nak beli DSLR pertama, soalan standard yang akan keluar dari mulut mereka ialah “DSLR/kamera mana yang paling bagus? Canon, Nikon atau Sony”. Kalau soalan ini ditanya kepada orang yang salah, pastinya jawapan akan memihak kepada sesetengah brand. Biasanya orang akan cakap, “Canon paling bagus, Sony tak bagus”. Pernah sekali masa aku survey  kamera kat lowyat, ada customer tu nak beli Sony, tapi salesman Melayu tu dengan angkuhnya cakap ” abang, saya suggest abang beli jenama X ni, Sony ni brand je gempak, gambar biasa-biasa je”. Memang anti-Sony salesman Melayu tu, tapi aku dengar je sampai habis brader salesman tu berhujah. Lepas customer tu pergi, aku jumpa brader tu dan tanya, “Kenapa abang cakap Sony tak bagus?” Brader tu jawab, “aku jual kamera, aku taulah”. So aku tanya balik “bang, exposure tu apa?”. Dah.. tak boleh jawab. Lepas tu aku tinggalkan brader tu dengan sindiran ” abang tu jual kamera je, bukan fotografer”.

Itulah yang akan berlaku kalau kita bertanya dengan mereka yang bangang. So untuk entri kali ni, aku bukan nak compare mana-mana brand DSLR, sebab cantik atau tidak sesuatu gambar, bukanlah terletak pada brand kamera, tetapi kita sendiri. Tapi tak dapat dinafikanlah, setiap brand ada kekuatan masing-masing. Canon sebagai contoh, memang brand no 1, kebanyakan pro fotografer dalam dunia ni memang pakai Canon. Salah satu sebab ialah  Canon ada banyak pilihan lens dan aksesori. Masa aku mula-mula beli sony a300 pun ramai yang nak racun aku beli Canon, atas alasan Canon banyak lens. Memanglah banyak lens, tapi bukan kita pakai semua lens yang Canon jual, paling-paling pun kalau setakat hobi, 2-3 lens je, tak gitu?



+ perbezaan sesuatu brand dslr biasanya terletak pada default color tone dimana korang boleh ubah setting tu ikut citarasa sendiri. (credit wired.com)



Nikon pulak aku memang dah banyak kali pegang. Bila pegang Nikon ni, rasa lain sikit berbanding pegang brand-brand lain sebab kamera Nikon rasa lebih solid kalau dipegang, tak rasa plastik macam Sony  dan Canon. Nikon jugak terkenal dengan kualiti lens yang terbaik, sebab core business Nikon memang pada lens, tak seperi Sony dan Canon, buat TV, printer, laptop. Sebab tu korang tak pernah dengar printer Nikon atau TV LCD Nikon..hehe. Untuk pengetahuan korang jugak, sensor Nikon dibuat oleh Sony. Bila sensor dah sama, kualiti pun hampir-hampir sama. So janganlah berlagak sangat dengan orang yang pakai Sony ye..hehe..


+ sunset yang aku shot dengan kamera kompak fujifilm
 

Sony, siapa tak kenal brand ni kan, dari TV, laptop, speaker, kalau brand Sony, memang superblah. Cuma bila Sony buat DSLR, ada suara-suara kera sumbang yang cakap Sony tak bagus. Memang diakui, model-model awal DSLR Sony iaitu a100,a200,a300 dan a350 memang banyak kelemahan, terutama ISO. Tapi sejak kebelakangan ni, model-model baru yang dikeluarkan Sony memang superb habis. Sony pun ada kelebihan tersendiri berbanding Canon dan Nikon. Contohnya build it stabilizer, so korang boleh pakai apa-apa lens walaupun lens yang takda stabilizer yang mana lebih murah dari lens yang ada stabilizer.

Aku sendiri dah pakai Sony a300 dekat nak 3 tahun, so far takda masalah lagi, tak macam sesetengah orang, baru beli tak sampai setahun, sibuk nak upgrade, tapi gambar masih macam orang yang baru pegang DSLR.

Selain Canon, Nikon dan Sony, ada banyak jenama DSLR lain yang tidak kurang hebat seperti Olympus, Pentax, Fujifilm dan Kodak. Tak salah kita pakai mana-mana brand, yang penting dari masa ke semasa, kenali kamera kita, baca manual. Takda istilah brand mana yang paling bagus dalam fotografi, semuanya bergantung pada diri kita sendiri.

So pendapat korang, mana yang penting, brand atau skill?

Kredit Sumber: TarmiziShukri.Com

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©