Video Seks Speaker Dun Perak Masih Disiasat

Saturday, January 05, 2013 by



IPOH - Siasatan terhadap cakera padat video (VCD) yang mengandungi aksi panas Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun), Datuk R Ganesan masih diteruskan dan mengambil masa.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, pihaknya kini masih menunggu keputusan daripada Unit Forensik PDRM selepas salinan VCD berkenaan dihantar ke Makmal Forensik PDRM di Cheras, Kuala Lumpur.



 Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan


“Kita telah hantar ke forensik untuk siasatan lanjut. Kebiasaannya ia mengambil masa enam bulan untuk siasat visual di dalam VCD terbabit.

“Ia mengambil masa yang lama kerana kebiasaannya kita menggunakan kepakaran dari luar negara,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Pada 31 Disember lalu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong menjelaskan siasatan terhadap isu berkenaan hampir selesai.

Katanya, pihak polis juga telah memanggil 11 saksi dan merakam percakapan mereka untuk membantu siasatan kes berkenaan. Siasatan kes dibuat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Sebelum ini, Adun Tronoh, V Sivakumar dalam satu sidang media pada persidangan Dun, baru-baru ini mendakwa menerima sampul surat mengandungi VCD dipercayai  memaparkan Speaker Dun, Datuk R Ganesan bersama seorang wanita.

Sampul berkenaan juga mengandungi helaian kertas bertarikh 27 Julai 2012 yang memaparkan laman portal berita berhubung isu skandal seks MIC melibatkan Ganesan yang turut diterima Adun Buntong, A Sivasubramaniam.-SH

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©