Sanggup Mengemis Untuk Pembedahan Payudara

Monday, August 20, 2012 by
Chrissy sedang mengemis di tepi jalan.



Macam-macam hal dalam dunia ni.Wanita di dalam gambar di atas sanggup berdiri ditepi jalan Akron,Ohio untuk meminta derma bagi melakukan pembedahan plastik untuk membesarkan payudaranya dengan membawa sepanduk yang bertulis, "Not homeless, need boobs."


Chrissy, 37, nekad melakukan aktiviti mengemis itu sambil ditemani rakannya Steve Bernabe, 57.
"Saya melihat orang mengemis setiap hari untuk makanan, jadi apa bezanya mengemis untuk besarkan payudara? Ini adalah cara klasik dan saya rasa belum ada orang lain yang berbuat begini," katanya.

Idea Chrissy terbukti berjaya apabila berjaya mengemis hampir $46 dalam masa dua jam. Chrissy bercadang untuk terus mengemis sehingga wang tersebut mencecah $5,058 cukup untuk beliau lakukan pembedahan plastik itu.

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©