Personaliti TV Ditangkap Kerana Berbogel Dalam Gereja

Wednesday, August 15, 2012 by
Jason “Mayhem” Miller
 
MISSION VIEJO (California): Hos rancangan realiti dan seni bela diri, Jason “Mayhem” Miller, ditahan kerana disyaki memecah masuk sebuah gereja dan merosakkan harta awam dengan alat pemadam api,selepas polis menemuinya berbogel di California Selatan, semalam.

Miller dijangka didakwa di mahkamah hari ini. Paderi Gereja Mission Hills menghubungi polis selepas dia mengesyaki ada seseorang memecah masuk ke situ pagi kelmarin. Sejurus kemudian, polis tiba dan mereka menemui Miller berbogel di kerusi dalam gereja berkenaan. Polis juga menemui bukti dia menggunakan pemadam api dalam bangunan itu.

Bekas Juara Seni Bela Diri UFC dan Hos program realiti popular "Bully Beatdown" itu dianggap sebagai salah seorang personaliti sukan yang paling berwarna-warni.Miller telah bersara daripada persaingan pada bulan Mei tahun ini selepas prestasinya kurang memberangsangkan pada kejohanan UFC 146 dan menyebabkan beliau disingkirkan.Sejak itu Miller cuba beralih menjadi pelawak 'Stand-up Comedy'.Pada minggu lepas beliau telah terlibat dalam satu pertengkaran dengan Presiden UFC Dana White di dalam Twitter,di mana beliau telah tweet "Bunuh diri anda @ danawhite kita semua merayu kepada awak."

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©