Gambar Feng Jianmei di katil Hospital di sebelah mayat anaknya.
BEIJING: Pihak berkuasa China mengesahkan seorang wanita dipaksa menggugurkan kandungannya yang berusia tujuh bulan, beberapa hari selepas gambar janin itu dimuat naik di Internet.
Tindakan yang tidak bertamaddun kerajaan komunis China yang tersangat kejam, kerana dasar yang tidak mahu populasi rakyat negaranya bertambah seorang ibu telah dipaksa untuk menggugurkan bayinya yang berusia 7 bulan.
Kumpulan hak asasi manusia menyalahkan kerajaan wilayah Shaanxi di utara negara itu kerana memaksa Feng Jianmei menggugurkan kandungannya.
Tindakan itu diambil apabila Feng gagal membayar denda kerana melanggar dasar kawalan populasi yang menghadkan sesebuah keluarga hanya boleh mempunyai seorang anak saja.
Kerajaan Shaanxi berkata, siasatan awal mengesahkan kes itu “pada asasnya benar” dan penyiasat mencadangkan pelakunya dikenakan tindakan.
Kejadian itu menarik perhatian ramai apabila beberapa gambar Feng terbaring di katil hospital di sebelah mayat anaknya disiarkan di Internet.
Sumber berkata, Feng dan suaminya membantah pengguguran itu. - AFP
0 comments:
Post a Comment
KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©