Bekas Atlet Wanita Didakwa Merogol Seorang Wanita

Saturday, June 16, 2012 by
Polis sedang mengiringi bekas atlet India Pinki Pramanik di Mahkamah Daerah Barasat,Barasat lebih kurang 35 Km ke utara Kolkata pada 15 Jun,2012.

Gambar Pinki Pramanik bersama wanita yang dirogolnya.


KOLKATA - Seorang atlet wanita India yang memenangi pingat emas pada Sukan Asia 2006, Pinki Pramanik muncul di mahkamah di sini semalam bagi menghadapi dakwaan dia merogol bekas kekasihnya yang juga seorang wanita.

Bekas kekasihnya itu turut mendakwa bahawa Pramanik 26, yang kelihatan seperti wanita sebenarnya ialah seorang lelaki.

Pramanik turut ditahan reman selama 14 hari sehingga perbicaraan berhubung dakwaan merogol itu berlangsung.


GAMBAR fail pada 22 Mei 2006 menunjukkan Pinki Pramanik bergambar dengan pingat emas yang dimenanginya pada acara larian 400 meter pada Sukan Grand Prix Asia di Bangalore, India.
 
"Mahkamah majistret meminta pihak berkuasa untuk membentuk satu lembaga perubatan bagi menentukan jantina Pramanik," kata Ketua Balai Polis di Kolkata, Prabir Roy.

Pramanik yang bersara pada tahun 2007 enggan untuk menjalani pemeriksaan di sebuah hospital semasa dia di soal-siasat selepas ditangkap kelmarin.

"Saya telah menjalani banyak ujian perubatan sepanjang kerjaya sebagai seorang atlet.

"Kenapa saya perlu bersetuju untuk menjalani lebih banyak ujian perubatan yang mengarut ini?," soal Pramanik yang disiarkan akhbar Times of India semalam.

Dia pernah memenangi pingat emas dalam acara 4x400 meter berganti-ganti pada Sukan Asia di Doha, Qatar pada tahun 2006.

Bekas kekasih Pramanik mendakwa dia dirogol beberapa kali.

Namun, Pramanik memberitahu kisah yang berbeza.

"Wanita itu (mangsa) meminta wang sebanyak 300,000 rupees (RM17,271) tetapi saya enggan memberikan wang tersebut kepadanya." kata Pramanik kepada pemberita dari sebuah van polis sebelum dia dihadapkan ke mahkamah.

Polis menyatakan bahawa Pramanik tinggal bersama kekasihnya di sini selama beberapa bulan.

Akhbar Calcutta Telegraph melaporkan bekas kekasihnya menyatakan Pramanik pernah berjanji untuk berkahwin dengannya.

Pramanik berasal daripada keluarga petani yang miskin di negeri Bengal Barat, sekitar 220 kilometer dari sini dan bekerja sebagai seorang inspektor tiket sebelum berkecimpung dalam bidang sukan.

Sementara itu, ibu Pramanik, Puspa memberitahu stesen televisyen Bengali TV bahawa anaknya itu tidak bersalah.

"Saya tidak percaya dia melakukan jenayah seperti itu. Saya berharap dia akan mendapat keputusan yang adil," katanya.

Setiausaha Persekutuan Atlet India, C.K. Valson memberitahu agensi berita AP bahawa pihaknya tidak mengetahui sama ada Pramanik akan diminta untuk memulangkan semula pingatnya ekoran kes tersebut.

"Dia bersara tiga tahun lalu dan tiba-tiba kita mendengar semua ini (kes itu)," katanya.

Menurutnya, pihaknya akan menunggu laporan perubatan sebelum membuat sebarang kesimpulan berhubung kes tersebut.

Pramanik pernah memenangi pingat emas dalam acara larian 400 meter pada Sukan Grand Prix Asia di Bangalore, India pada 22 Mei 2006.

Pingat perak yang dimenangi atlet dari India, Santhi Soundarajan pada Sukan Asia 2006 terpaksa ditarik balik selepas dia gagal dalam ujian jantina yang dilakukan sejurus selepas acara larian tersebut berlangsung. - Agensi

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©