Tanda Isyarat Baru Jalan Raya
Saturday, May 12, 2012 by Author
LONDON: Kerana bosan berdepan dengan kerja membina jalan raya yang tidak berkesudahan, seorang penduduk bertindak mengubah tanda jalan raya yang menunjukkan ‘orang sedang bekerja’ kepada yang menunjukkan seorang pekerja sedang duduk sambil minum dan menghisap rokok.
Penduduk di bandar Melksham, Wiltshire, sudah beberapa bulan berdepan dengan kerja pembinaan jalan raya di sekeling bandar itu.
Penduduk yang mengubah tanda jalan raya itu berhasrat memberitahu kontraktor mengenai tanggapan penduduk tempatan terhadap mereka. Anggota Majlis Perbandaran dari Parti Liberal Demokrat, Jon Hubbard berkata: “Banyak kerja pembinaan jalan raya dilakukan di Melksham ketika ini hingga menimbulkan kerumitan kepada penduduk.
“Tidak mengejutkan jika ada orang yang menukarkan tanda jalan itu kerana ia adalah masalah besar di bandar itu dengan kerja pembinaannya dilihat seolah-olah akan berterusan selama-lamanya.” - DM
0 comments:
Post a Comment
KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©