Pemuda Lumpuh Dituduh Merogol Pelajar Berusia 15 tahun

Monday, April 02, 2012 by

MOHD. SAPAWI dibawa ke Mahkamah Kuala Terengganu semalam selepas dituduh merogol seorang gadis bawah umur.

KUALA TERENGGANU: Seorang pemuda yang lumpuh dari pinggang ke kaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana dituduh merogol seorang pelajar berusia 15 tahun sebanyak tiga kali pada November tahun lalu.

Mohd Sapawi Ismail, 27, yang terpaksa berkerusi roda ketika dihadapkan di hadapan Hakim Zainal Abidin Kamarudin, adalah bekas tenaga pengajar aktiviti selam skuba sebelum mendapat penyakit lumpuh pada tahun 2010. Bagi pertuduhan pertama, Mohd Sapawi didakwa merogol pelajar itu di rumahnya di Kampung Beting Lintang di Kampung Raja, Besut, antara jam 8 malam dan 11 malam 27 November lalu.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, dia dituduh mengulangi perbuatan itu pada 28 dan 29 November di sebuah rumah berdekatan rumahnya antara waktu yang sama.
Tiada pengakuan dicatatkan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zul Fazliah Mahmud manakala Mohd Sapawi tidak diwakili peguam.

Zainal Abidin menetapkan 25 April ini bagi tarikh sebutan semula kes dan tiada sebarang jaminan ditawarkan kepada tertuduh.

Untuk rekod, melakukan hubungan seks bersama remaja di bawah umur samada dengan kerelaan atau tanpa kerelaan dianggap perbuatan merogol dan suspek boleh didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.  Jika sabit kesalahan,  pesalah boleh dipenjarakan di antara 5 dan 30 tahun serta disebatan.
 

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©