Pembedahan Muka Menyeluruh Yang Pertama Di Dunia

Wednesday, March 28, 2012 by


WASHINGTON - Derita seorang lelaki selama 15 tahun berakhir selepas menjalani pembedahan muka menyeluruh  yang memberikannya wajah, rahang, gigi dan lidah yang baru.

Richard Lee Norris, 37, kehilangan hampir seluruh wajahnya dalam kemalangan, yang melibatkan penggunaan senjata api 15 tahun lalu, dan dia terpaksa menggunakan topeng untuk melindungi wajahnya daripada pandangan orang ramai.

Menurut doktor, pembedahan yang dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Maryland ini merupakan pembedahan yang paling lama pernah dilakukan.

Pakar bedah utama Dr Eduardo Rodriguez menunjukkan bagaimana prosedur itu telah berjaya menggantikan muka, gigi, lidah dan rahang baru Richard Lee Norris.

Operasi paling rumit yang dilakukan oleh Dr Rodriguez dan pasukannya yang mengambil masa selama 36 jam dan dipercayai menjadi pembedahan pemindahan muka menyeluruh yang pertama di dunia pernah dilakukan.

Pembedahan yang dibiayai sepenuhnya oleh Tentera Laut Amerika Syarikat berlangsung selama 36 jam, termasuk satu siri operasi selama 72 jam yang melibatkan pemindahan organ daripada seorang penderma, yang turut menyelamatkan lima pesakit lain pada hari yang sama.

Pakar bedah utama, Eduardo Rodriguez berkata, Norris mempunyai pergerakan terhad di mulutnya kerana dia kehilangan bibir dan hidungnya dalam kemalangan tersebut.

"Matlamat kami adalah untuk mengembalikan fungsi dan memulihkan semula bentuk wajahnya," katanya.

Menurut pasukan doktor, pesakit tersebut kini semakin pulih dan mula mendapat rangsangan deria bau.

Kini kerajaan AS mula menilai kelayakan pembedahan pemindahan muka kepada lebih 200 anggota mereka yang tercedera di Afghanistan dan Iraq.

Pemindahan muka pertama telah dilaksanakan ke atas seorang wanita yang telah digigit anjingnya di Perancis pada 2005.

Lima tahun kemudian, pakar bedah di Sepanyol mengendalikan pemindahan muka penuh pertama di dunia.

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©