Pelakon Komedi Terkenal Dipenjara 3 Bulan Kerana Menghina Islam

Saturday, February 04, 2012 by
 Adel Imam


KAHERAH - Pelakon komedi terkenal di rantau Arab, Adel Imam, kelmarin dijatuhi hukuman tiga bulan penjara oleh mahkamah di Mesir atas kesalahan menghina Islam.
Portal berita Ahramonline melaporkan Imam didakwa sengaja menyinggung perasaan orang Islam kerana mempersendakan janggut dan ‘jilbab’ iaitu jubah lelaki Muslim menerusi filem ’Morgan Ahmed Morgan’ dan teater, ’Al- Zaeem’.
 
Pelakon yang telah menceburi bidang lakonan hampir 40 tahun itu turut dikenakan denda AS$170 (RM512).
 
Dalam kes lain, hartawan dan tokoh terkenal dalam kalangan penganut Kristian Koptik di Mesir, Naguib Sawiris, turut dibicarakan atas kesalahan menghina Islam menerusi imej karikatur yang dihantar melalui laman blog mikro, Twitter.

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©