Perut Suryati Membengkak Sebesar Tempayan

Tuesday, January 31, 2012 by
 
Penderitaan Suryati apabila perutnya telah membengkak sehingga sebesar tempayan.

Sintang,Indonesia-Seorang wanita Indonesia yang bernama Suryati dan berumur 32 tahun telah menghidap penyakit yang dikenali sebagai Cyst-ovarium dan sedang dirawat di bilik bersalin kelas IIIa RSUD Ade M Djoen Sintang.

Wanita malang ini memerlukan bantuan dari segi kewangan untuk menampung kos pembedahan dan kos ubat-ubatan.

Suami wanita itu yang bekerja sebagai penoreh getah hanya mempunyai pendapatan purata kurang daripada Rp 100 ribu.

"Saya pasrah kepada Allah SWT, mudah-mudahan ada masyarakat yang prihatin dengan keadaan isteri dan keluarga saya ini," kata suami wanita itu, Ari Isnandar kepada akhbar Tribun.

Selama lima tahun menderita penyakit cyst-ovarium tersebut, Ari mengaku sudah berusaha sedaya upaya agar penyakit yang dihidapi oleh isterinya ini boleh disembuhkan,beliau kemudiannya telah merujuk kes isterinya ini kepada sebuah hospital RSUD Soedarso Pontianak. Kos yang diperlukan untuk pembedahan bagi membuang ketumbuhan itu mencecah Rp 50 juta,iaitu satu jumlah yang tidak mampu disediakan olehnya akibat kekangan kemiskinan keluarganya.Pada masa ini akibat dari penyakit itu, perut Suryati telah membengkak sehingga sebesar tempayan.

Kepada sesiapa yang berhajat untuk membantu keluarga Suryati ini boleh menghubungi suaminya di nombor telefon 082159972748 atau datang terus ke bilik bersalin kelas IIIa RSUD Ade M Djoen Sintang, Indonesia.
Sumber: Yahoo News

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©