Gempar!! Doktor Kahwin Lari Dengan Anak Sendiri..

Saturday, June 11, 2011 by
                                 Dr Bruce McMahan dan anaknya Linda.

Pada bulan Jun 2004, masyarakat dikejutkan dengan berita Dr Bruce McMahan yang berumur 65 tahun telah kahwin lari dengan anak perempuannya sendiri yang berusia 35 tahun. Kes ini begitu menggemparkan kerana Bruce McMahan seorang kaya raya, dia adalah President dan CEO Argent Funds. Bruce diberitakan menikahi anak kandungnya, Linda Marie Hodge McMahan Schutt dalam sebuah upacara rahsia di Westminster Abbey.

Adalah amat menghairankan bagaimana boleh terjadi seorang ayah dan anak saling jatuh cinta. Apatah lagi anaknya itu telah pun berkeluarga. Linda anak Bruce Mc Mahan ini di ambil oleh keluarga angkat sejak ia dilahirkan.Malahan Bruce juga tidak  mengetahui yang beliau mempunyai anak perempuan.

Pertemuan tanpa sengaja pada tahun 1990 telah menemukan Bruce dengan anaknya Linda yang ketika itu berusia 18 tahun.Bermula dari situ barulah Bruce mengetahui yang beliau mempunyai seorang anak perempuan yang sudah remaja. Sejak itu mereka terus berhubungan, namun lama kelamaan hubungan tersebut berkembang aneh, tidak lagi seperti ayah dan anak. Keduanya saling jatuh cinta!Bruce sendiri saat itu masih berstatus suami dari isteri keempatnya.

 
Bruce McMahan dan Linda Marie Hodge McMahan Schutt

Tahun 1998, terjadilah hubungan seks ‘terlarang’ itu dilanjutkan ke perkahwinan pada tahun 2004. Pernikahan ini dilakukan diam-diam, kerana Bruce masih terikat pernikahan begitu pun Linda yang masih bersuami. Tapi di hadapan orang banyak, mereka tetap memainkan peranan sebagai ayah dan anak. Ini amatlah penting demi sebuah  keluarga dan juga untuk melindungi ‘rahsia’ mereka berdua.

                                              Bruce McMahan
Hidup Linda yang mempunyai PhD psikologi ini pun berubah total. Dia telah dilimpahi dengan harta dan kemewahan,kerana ayahnya yang juga suaminya Bruce adalah seorang jutawan dari Wall Street dengan timbunan harta yang bernilai berbilion-bilion ringgit.
Kes ini akhirnya terbongkar dan telah  di bawa ke Mahkamah.Perbicaraan kes ini juga agak menggemparkan kerana alat bantuan seks iaitu vibrator telah dijadikan barang bukti oleh pihak pendakwaraya. Bruce menafikan yang Linda adalah anaknya, dia juga menyangkal berhubungan seks dengan Linda. Tapi hasil ujian DNA menunjukkan 99,7 peratus Linda adalah anaknya. DNA Linda juga telah ditemui pada alat vibrator tersebut.

1 comment:

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©