Pengorbanan Dan Poligami

Monday, March 08, 2010 by

Assalamualaikum wbth.,
didahului dengan bismillah, ampun dan maaf,
mendengar ceramah dan khutbah jumaat, terasa sangat2 bertuah menjadi umat muhammad dan berada didalam agama islam tercinta. amat2 terharu dan teruja mengulang kembali kisah pengorbanan teragung tiga orang manusia Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan Siti Hajar, yang mana akhirnya menjadikan rumah Allah lambang teragung, terunggul dan menjadi tumpuan seluruh manusia beramal dengan menunaikan rukun islam yang ke5 beratus2 tahun lamanya sehingga ke hari kiamat.

pengorbanan. begitu besar makna dan ertinya.
Nabi Ibrahim, pada dasarnya adalah seorang lelaki yang baru sahaja bergelar ayah kepada anak lelaki sulung dan tunggal yang sekian lama dinantikan dan diharapkan (begitu jugak harapan manusia selepas baginda untuk menyambung syiar Islam), ditakdirkan mendapat wahyu untuk mengorbankan satu-satunya anaknya yang tercinta, yang menjadi harapannya, harapan manusia selepas beliau? bagaimanakah perasaan beliau? boleh kah kita bayangkan? bolehkah kita gambarkan? perasaan yang pasti berbaur dan bercampur aduk antara kasih sayang ayah dan tuntutan Allah. Dikorbankan bukan dengan meninggalkan hidup2 ditempat lain, tetapi dikehendaki diSEMBELIH hidup2… masyaAllahhhh… bagaimanakah perasaan anda sekiranya anda berada ditempat beliau? sanggupkah anda, mampukah kita mengorbankan anak sendiri? darah daging sendiri untuk disembelih? MasyaAllah….tetapi nabi ibrahim tidak gentar walau sedikitpun untuk menyahut seruan Allah, biarpun tidak dapat diterima akal yang normal….renungkanlah barang sejenak…

Siti Hajar, seorang hamba, seorang isteri yang ditinggalkan jauh oleh suami dan masyarakat (hidup terpencil), sebagai ibu yang memiliki satu2nya anak kesayangan yang menjadi penghibur dikala sunyi, kesepian dan kepayahan, anak yang pastinya sentiasa membawa keceriaan, kebahagiaan, menghilangkan segala duka dan nestapa… kini perlu dikorbankan oleh ayah kandungnya sendiri? dikorbankan dan disembelih oleh suami tercinta? apakah pilihan yang ada? bagaimanakah dengan hati ibu yang disayat dengan berita itu? seandainya kita berada ditempat beliau… sanggupkah kita berkorban? sanggupkah dan mampukah kita menyahut seruan Illahi tersebut? bayangkanlah barang sebentar….. bagaimanakah andainya ia terjadi kepada kita, andainya seruan itu menghendaki kita berbuat demikian… Demi Allah? tetapi.. ternyata, keyakinan Siti Hajar kepada Allah dan suaminya tidak berganjak, begitu kemahuanmu wahai sang suami, begitu kehendak Allah, tanpa banyak soal, tanpa keluh kesah…Siti Hajar menurut dan menyerah penuh takwa….

Begitulah besarnya pengorbanan tiga insan yg terpilih oleh Allah dan sememangnya mereka ini layak mendapat syurga Allah, mendapat kasih sayang dan cinta Allah. Itulah contoh2 pengorbanan yang hakiki, kerana kesanggupan untuk menurut perintahNya dengan penuh ikhlas, tawaduk dan taqwa, maka Allah selamatkan jiwa mereka dan terkorbanlah kibas, begitu besar dugaan dan ujian Allah untuk seorang nabi,seorang insan bergelar suami dan ayah, begitu jugak seorang wanita yang bergelar ibu juga isteri yang solehah. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Allahuakahbar.
Berbalik kpd poligami..
iaitu bantulah sisuami menjauhkan zina, khalwat dan maksiat.


Atas dasar Allah mengizinkan lelaki bernikah lebih dari satu, inilah juga diantara pengorbanan yang besar dan sebenar yang terpaksa dilalui oleh semua yang terlibat di dalam “berpoligami”, dan didalam agama islam, pada pendapat saya ianya bukan sekadar pengorbanan demi untuk mendapatkan payung emas dan pahala yang berganda atau kepastian kesyurga sahaja tetapi ianya adalah lebih kepada memartabatkan bangsa dengan membela maruah bangsa didalam agama islam serta kesinambungan syiar islam itu sendiri.

Adalah amat besar erti pengorbanan di dalam kontek ini, antaranya pengorbanan seorang lelaki/suami memperjudikan rumahtangganya hanya kerana ingin menjauhi maksiat dan membela wanita yang disukai/dikasihinya. Pengorbanan seorang isteri berbahagi kasih dan waktu sisuami didalam mengizinkan sisuami untuk bernikah lagi dengan wanita yang disukainya.. mungkin pengorbanan ini tidak sama dengan pengorbanan tiga insan terpilih di atas, tetapi membawa konsep dan natijah yang sama iaitu membela dan memartabatkan bangsa dalam islam.

Allah tidak meminta kita berkorban seperti Nabi Ibrahim (kalau kita seorang lelaki, seorang suami, seorang ayah), Allah juga tidak meminta kita berkorban seperti Siti Hajar (kalau kita seorang ibu dan isteri), tetapi.. Allah hanya meminta kita membantu insan lain yang memerlukan kasih sayang, menyalurkan nafsu mereka dengan baik, membela insan2 lain yang tidak bernasib sebaik kita (ada isteri, ada suami, ada anak2), malah Allah tidak mungkin akan mensia-siakan hambanya yang sanggup berkorban membantu insan lain demi Allah, sebagaimana Allah tidak mensia-siakan pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan Siti Hajar (ini sangat saya pasti, itu janji Allah).

Di dalam poligami kita hanya berkorban dengan berkongsi kasih, sedangkan si suami masih lagi menjalankan tanggungjawabnya memberikan nafkah zahir dan bathin mengikut kemampuannya, berkorban berbahagi masa/waktu dengan suami, maknanya sisuami dan anak2 masih lagi wujud disisi, sedangkan ianya adalah lebih baik dari menyembelih anak sendiri (seperti Siti Hajar yang mungkin bergelut dengan perasaan dan hati kasih seorang isteri, seorang ibu yang akhirnya, akalnya sanggup menurut perintah Allah, redho dengan ketentuan Allah, lalu mengizinkan suami tercinta menyembelih anak kesayangannya?).
Saya pasti dengan penerimaan terhadap poligami, ianya jugak menyahut seruan Allah didalam membela bangsa dan agama yang sangat di tuntut dan ianya merupakan suatu pengorbanan yang tak ternilai harganya dan ianya lebih besar ertinya bukan sekadar untuk mendapat pahala dan payung emas semata. hanya Allah yang amat adil dapat menilaikan dan memberikan ganjaran yang setimpal dengan pengorbanan tersebut.
bertanyalah kpd diri sendiri:

Sanggupkah kita berkorban seperti Siti Aisyah (isteri Rasulullah s.a.w), kalaupun tidak seperti Siti Hajar demi Allah, demi bangsa dan agama Islam?
atau kita tidak pedulik asalkan suami kita sentiasa di sisi demi menjaga airmuka kita (sebagai keluarga bahagia) di dalam masyarakat? dan menentang maksiat hanya dengan kutukan di dalam hati sendiri (kononnya selemah2 iman?)?


Fikirkanlah..
sekian, wassalam.

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©