Kronologi Penemuan Ekor Pesawat AirAsia QZ8501

Wednesday, January 07, 2015 by




JAKARTA: Bahagian ekor pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 disahkan sudah ditemui menerusi teknologi imbasan sonar yang dilengkapi pada Kapal MGS GeoSurvey, pagi tadi sebelum ia disahkan pasukan penyelam.

Berikut adalah kronologi penemuan itu seperti yang dimaklumkan Agensi Badan Mencari dan Menyelamat (BASARNAS) Indonesia:

Jam 5 pagi WIB:

Pasukan GeoSurvey melaporkan penemuan objek dengan dimensi panjang 10 meter, lebar lima meter serta tiga meter tinggi yang diperoleh menerusi imbasan sonar.

Jam 8 pagi WIB:

Alat pengesan bunyi iaitu 'multibeam echo sounder' yang berkeupayaan menentukan kedalaman laut dilepaskan ke dasar, menemui bahagian berbentuk kubus pada kedudukan menjunam ke dasar laut.

Jam 10 pagi WIB:

Objek tersebut seterusnya disahkan menggunakan alat ROV (Remotely Operated Vehicles), robot yang boleh menyelam ke dalam air.

Jam 11 pagi WIB:

Anggota penyelam turun ke dasar laut untuk mengesahkan penemuan itu. Diperoleh pada objek itu tertera tulisan 'AX' dan 'Air' dan disahkan ia adalah ekor pesawat.

Sumber: Detik.news

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©