Jenazah Pramugari Pesawat AirAsia QZ8501 Dikenalpasti

Wednesday, December 31, 2014 by
AL FATIHAH..Khairunnisa Haidar Fauzi, 22, merupakan antara jenazah terawal dikenalpasti dalam tragedi pesawat AirAsia QZ8501.


Difahamkan tiga daripada tujuh mayat telah dikenalpasti identiti mereka dan seorang daripadanya merupakan pramugari pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas Ahad lepas, Khairunisa Haidar Fauzi, 22,.

Dua lagi mayat dikenalpasti sebagai Hayati Lutfiah (penumpang wanita) berasal dari Tegalsari, Surabaya dan seorang lagi hanya dikenali sebagai Kevin Alexander Soetjipto (penumpang lelaki).

Ibu, Allahyarham Khairunisa, Rohana sebelum berkumpul bersama saudara-mara di rumah mereka dan berkongsi melihat gambar-gambar pramugari itu.

Pesawat QZ8501 terhempas ketika dalam penerbangan dari Surabaya, Indonesia ke Singapura selepas dilaporkan mengalami gangguan cuaca buruk ketika dalam perjalanan.

Pesawat itu membawa 155 orang penumpang dengan tujuh anak kapal dan dikendalikan oleh Kapten Iriyanto.

Kesemua mereka yang berada di dalam pesawat itu dilaporkan terbunuh akibat nahas berkenaan.

Setakat ini, tujuh mayat sudah pun ditemui susulan penemuan serpihan pesawat QZ8501 di Selat Karimata.

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©