Video: Perempuan Simpanan Dipukul Dan Dibogelkan Depan Khalayak Ramai

Tuesday, October 14, 2014 by
Mangsa turut dibogel selain dipukul di tempat awam. 


SEKUMPULAN wanita membelasah Lin yang dituduh meniduri suami salah seorang daripada mereka.




 


CHINA: Seorang wanita yang dipercayai perempuan simpanan diserang hendap oleh empat wanita yang sedang 'naik hantu' ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya dekat Puyang, di sini baru-baru ini, lapor DailyMail.

Mangsa yang dikenali sebagai Lin Yao Li, 38, dikatakan dipukul dan ditendang di bahagian paha serta dada oleh isteri kepada kekasih mangsa di tempat awam dengan kejam ekoran berang dengan kelakuan mangsa yang telah tidur bersama suami wanita tersebut.

Lebih malang, bukan sahaja dibelasah dengan teruk, isteri kepada kekasih mangsa bersama tiga rakannya turut bertindak membogelkan mangsa tanpa rasa simpati di kaki lima sebuah pusat membeli belah di sini.

Tidak hanya ditendang bertubi-tubi, aksi ala-ala kung fu itu turut menyaksikan mangsa ditarik rambut di sepanjang laluan pejalan kaki di bandar Puyang dalam keadaan berbogel.

Daily Mail melaporkan, ketika kejadian orang awam hanya mampu melihat kejadian tersebut tanpa bertindak untuk menolong mangsa dengan beranggapan ia melibatkan “urusan hati” antara golongan wanita serta setimpal dengan perbuatan mangsa yang merampas suami wanita lain, meskipun mangsa sedang meraung kesakitan.

Memetik kenyataan seorang lelaki tempatan, Jun Feng, 30, yang berada di tempat kejadian kepada sebuah televisyen tempatan sebagai berkata, insiden sebegitu disifatkan sebagai ‘perkara biasa’.

“Isteri marah dan teman wanita membalas dendam kepada lelaki yang menipu mereka dengan menyerang wanita lain.

“Orang ramai tidak cenderung untuk melibatkan diri kerana mereka melihat ia sebagai “luahan” hati," katanya yang membantu mangsa selepas melihat mangsa dalam keadaan terbaring gara-gara dipukul dengan teruk.

Mangsa telah dibawa ke sebuah hospital berdekatan untuk mendapat rawatan lanjut selepas merayu kepada orang ramai agar  menghubungi ambulans.

Dilaporkan, kejadian serangan hendap tersebut merupakan kejadian kedua di China selepas kejadian seorang wanita sebelum ini yang juga teruk dibelasah dan dibogelkan di tepi jalan.

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©