Senarai Nama Anggota TLDM Yang Hilang Di Perairan Pulau Mengalum, Sabah

Monday, October 06, 2014 by



KOTA KINABALU - Berikut adalah senarai anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang hilang ketika melakukan operasi tinjauan menggunakan bot tempur CB90 di perairan Pulau Mengalum, semalam:

1. Leftenan Azri Bakar

2. BK PAP Christopher ak Mani

3. BM TMK Ince ak Evin

4. BM TMK Steven Hudson ak Miso

5. BM JTP Nor Azuan Ariffin

6. LK KOM Sulhajji Daah

7. LK PAP Mohd. Azhry Maani


Angin kencang dan laut bergelora berlaku di perairan Sabah sewaktu kejadian bot tempur Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hilang di perairan Pulau Mengalum, Sabah, semalam.

Jurucakap Pusat Cuaca Nasional Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam.

"Keadaan pada waktu itu agak bergelora dan ombak pun agak tinggi (3.5 meter), jadi memang berbahaya. Pihak kami telah mengeluarkan amaran kategori pertama tersebut bermula Selasa lalu sehingga 8 Oktober ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Semalam, Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dalam kenyataannya berkata, bot tempur itu belayar dari Pangkalam TLDM Kota Kinabalu pada 5 pagi Ahad sebelum terputus hubungan komunikasi radio dengan kapal pengiring tersebut pada 11.15 pagi.

Lima aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), tiga aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) serta sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) bot tempur TLDM yang hilang sejak pagi Ahad di perairan Pulau Mengalum, Sabah.

Empat kapal TLDM itu ialah kapal diraja (KD) Lekiu, KD Paus, KD Serang, KD Ganas dan sebuah helikopter jenis Super Lynx,

Aset Maritim Malaysia melibatkan kapal KM Mabul dan KM Berani serta sebuah helikopter jenis AgustaWestland AW139 manakala aset TUDM, sebuah pesawat jenis Beechcraft B200T.

Panglima TLDM, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar ketika dihubungi Bernama hari ini berkata kesemua aset berkenaan terlibat dalam operasi SAR di perairan Laut China Selatan sejak 10.30 pagi ini.

"Kawasan pencarian dibahagikan kepada empat sektor iaitu A, B, C dan D yang melibatkan radius pencarian sejauh 10 hingga 30 batu nautika," katanya di sini hari ini.

(Kredit:Bernama)

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©