Keistimewaan 'Restoran Anjung Keli' Perlis

Wednesday, July 09, 2014 by

   


SALAM semua. Jangan marah ye...kali ini Abang Fen nak bawa you all berkongsi keenakan masakan tradisional Melayu asli di Restoran Anjung Keli yang terletak nun jauh di Utara tanah air iaitu Negeri Perlis Indera Kayangan.

Sesuai dengan namanya, Abang Fen dapat merasakan negeri ini benar-benar seperti berada di atas kayangan. Manakan tidak, pemandangannya nun menghijau. Tiada kesesakan jalan raya atau suasana kelam-kabut.

Dan begitulah juga dengan tempat-tempah juadahnya. Negeri ini kecil tapi hidangannya membuka selera.

Jenuh juga lah Abang Fen mengembara ke Utara semata-mata untuk 'membangkitkan' selera you all semua. Tapi demi untuk peminat-peminat Abang Fen, jauh pun jauh lah, Abang rela you.



Melangkah masuk jer kaki Abang Fen di bawah bumbung kanopi tambahan milik Anjung Keli, terus terbuka selera sebab aroma bau rempah ikan bakar dengan pantas menusuk hidung.

Perut Abang Fen pun mula ler berkeroncong seakan-akan dah berhari tak makan bila masuk jer ke pekarangan Restoran Anjung Keli yang terletak di Jalan Padang Behor, Kangar, Perlis itu.

Terkejut beruk juga le Abang Fen kerana belum pernah lagi jumpa restoran yang menyediakan lebih 12 jenis sambal dan air asam serta berpuluh jenis ulam-ulaman sebagai pembuka seleranya.

Tidak cukup dengan itu, Abang Fen lihat terhidang juga berbelas jenis kerabu termasuk kerabu tradisional yang emak-emak kita sediakan dulu seperti pucuk paku, kerabu pucuk selom, kerabu kaki ayam serta banyak lagi.




Gambar atas dan bawah menunjukkan pelbagai jenis ulam yang terdapat di Anjung Keli.



Itu belum lagi Abang Fen cerita bab berbelas jenis ikan bakar antaranya keli , selar, pari, haruan, terubuk dan bermacam jenis lagi. Pendek kata kita boleh jadi tak ketahuan lah untuk seketika kerana tidak tahu mana satu jadi pilihan hati.



Yang paling menarik bukan setakat ikan tetapi ayam dan daging, perut, paru bakar turut disediakan di Anjung Keli ini.

Abang Fen sendiri pertama kali melihat beberapa ulam yang namanya pun baru kali ini didengar tetapi bila dimakan dengan sambal belacan…fuyoooooo! Sedapnya you tak terkata lah. Kelas gituuuuuu!


Sambal Anjung Keli.

You all kena datang untuk mencuba kalau tidak rugi you.. bukan setakat sedap tetapi you all dapat melihat banyak ulam-ulaman dan kerabu yang sukar diperolehi di tempat lain. Itulah keistimewaan restoran ini.


 Sambal belimbing Anjung Keli.

Suasana restoran yang berkonsepkan kampung dan moden ini benar-benar menarik dan mengamit pelanggan yang datang untuk kembali bertandang lagi.

Tidak hairanlah ramai artis popular tanah air, ahli perniagaan yang berjaya serta pemimpin politik tanaha air turut tidak ketinggalan singgah di sini apabila ada kesempatan.

Abang Fen ni macam biasa la, bila dah makan dan rasa hidangan pun lazat serta ada sesuatu yang istimewa, apa lagi mula ler cari sapa pemiliknya untuk dikongsi dengan you all tau.



Pemilik Restoran Anjung Keli ini adalah sepasang suami isteri yang masih muda iaitu Azali Salleh, 43, dan isterinya Amis Azura Abd Majid, 43 (gambar bawah).

















































Kedua-duanya memperolehi ilham untuk membuka Restoran Anjung Keli ini atas warisan daripada arwah ibu kepada Azali iaitu Zaiton Md Hanafiah yang berasal dari Kampong Jelempuk, Arau, Perlis.

"Pengalaman berniaga bersama arwah ibu serta warisan resepi yang diwarisi saya diteruskan hingga ke hari ini sambil dibantu oleh isteri dan 26 orang kakitangan kami yang lain," kata Azali dengan nada perlahan.

Restoran ini dibuka seawal jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang dan ditutup pada hari khamis minggu pertama dan ketiga sahaja.

Abang Fen sempat bertemu dengan beberapa orang pelanggan yang datang dari luar Perlis antaranya Farosha Ho Pei Fong, 20, dari Pulau Pinang (gambar bawah).

 


" Saya datang ke sini kerana keunikan masakan kampung dengan pelbagai jenis ikan bakar yang memang sedap," kata Farosha.

Seorang lagi pelanggan yang juga pelayar dan pembaca mStar Online, Nur Aliya Junaidi, 20, dari Kuala Lumpur turut memberikan komennya.

"Aliya memang tak pernah jumpa restoran yang menghidangkan pelbagai jenis lauk, ikan bakar, daging serta berbelas jenis sambal hinggakan tak tahu nak pilih yang mana," kata Nur Aliya.(gambar)



Seorang lagi pelanggan, Zubir Zainol, 50, yang datang dari Bukit Mertajam dan jika setiap kali datang ke Perlis tetap akan singgah di Restoran Anjung Keli ini turut mengakui bahawa keunikan serta keistimewaan hidangan yang terdapat di sini adalah sukar ditemui di tempat lain.

"Puluhan jenis ulam serta sambal dan lauk pauk yang pelbagai benar benar satu hidangan yang unik dan istimewa malah kelazatannya cukup berbaloi walau saya datang dari jauh", tambah Zubir lagi.





Oleh: AFANDY YUSOF

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©