Pengasas Produk ‘Terlajak Laris’ Disamun Dua Pembantu Rumah

Tuesday, May 13, 2014 by
Gambar Datuk Aliff Syukri Kamarzaman dan isterinya.



KASIHAN kami mendengar musibah yang menimpa pengasas rangkaian produk kosmetik D’Herbs Healthy Sdn. Bhd (D’Herbs), Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, 25, semalam.

Dua pembantu rumah yang cukup dipercayainya telah bertindak melarikan wang tunai dan barang kemas milik dia dan isterinya di kediamannya di Kota Damansara, semalam.

Memetik laporan sebuah akhbar tempatan, dia menyedari kejadian itu ketika pulang ke rumahnya untuk makan tengah hari.

Tidak sedap hati apabila panggilannya tidak berjawab, dia segera masuk ke bilik mereka dan mendapati semua barangan sudah tiada.

Menerusi akaun Instagramnya, dia turut memuatnaik gambar dua pembantu rumah tersebut.



Inilah gambar dua pembantu rumah Datuk Aliff Syukri yang dipercayai telah bertindak melarikan wang tunai dan barang kemas milik beliau dan isterinya 


Aliff juga menunjukkan salinan laporan polis yang dibuatnya dengan ‘caption’:


“Ya allah semoga 2 org maid yg lari dan mncuri ini ditemukan dan diambil tindakan segera..terima kasih yg tidak terhingga kpd smua rakan2 yg mngambil berat yg tolong share kan pic maid lari dan mencuri ini di intgrm atau di fb anda ..bagi membantu saya menjejaki maid sekaligus dpt mngurangkan jenayah di malaysia..”


Datuk Aliff Syukri menunjukkan salinan laporan polis yang dibuatnya.


Kalau difikirkan, memang menyakitkan hati apabila kes sebegini terjadi.

Apa tidaknya, kadang-kadang majikan sudah menganggap pembantu rumah itu umpama saudara sendiri, tetapi mereka pula yang mengkhianati kepercayaan itu.

Bersabarlah ya...

Oleh: ELZA

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©