Pelakon Pondan Terkenal Thailand Jadi Sensasi Internet

Wednesday, February 05, 2014 by



Kecantikan seorang pelakon Thailand yang muncul hanya satu minit untuk satu babak dan menuturkan cuma sebaris ayat dalam filem China bertajuk ‘Lost in Thailand’ membuatkan sesiapa sahaja yang menonton tertarik padanya.

Ini membuatkan pelakon tersebut menjadi subjek carian paling utama bagi filem berkenaan mengalahkan kesemua pelakon lain termasuk watak utama.

Bagaimanapun, ramai pelayar internet kecewa dan terkejut apabila mengetahui pelakon cantik tersebut adalah salah seorang pelakon pondan terkenal di Thailand.






Lost In Thailand mendapat sambutan hangat penonton malah berjaya mencatat kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman di China, mengalahkan The Avatar.


 



Menurut undang-undang Thailand, pondan atau transeksual masih dikategorikan sebagai lelaki tetapi boleh dirujuk sebagai wanita dalam dunia sosial.

Sebilangan tandas di kawasan awam negara tersebut turut mempunyai tandas khas bagi kaum ini, dikenali sebagai tandas ‘pink lotus’.


Sumber: Asiaone.com

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©