Salah Siar Logo PDRM, RTM Tamatkan Perkhidmatan Individu Terlibat

Thursday, September 12, 2013 by




RTM, radio dan television rasmi kerajaan Malaysia, kini sedang menyiasat dan meneliti secara terperinci kesilapan grafik pada logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam siaran Berita Nasional pukul 7.00 pagi, Selasa, 10 September 2013 berkaitan OP CANTAS.

Kesilapan ini dipandang serius oleh RTM dan disebabkan itu pihak RTM menggantung dan menamatkan perkhidmatan individu yang terlibat dalam insiden penyiaran kesilapan logo Polis Diraja Malaysia semalam.

Oleh itu, RTM memohon maaf atas kealpaan ini dan akan memastikan kesilapan sama tidak berulang. Sambil berkata RTM memandang serius kejadian itu, Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Norhyati Ismail berkata laporan polis untuk memulihkan imej Jabatan Penyiaran telah dibuat.

“Ralat dan permohonan maaf telah disiarkan dalam Berita Nasional 12 tengah malam. Surat rasmi memohon maaf kepada Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) juga telah dihantar,” katanya dalam kenyataan hari ini. (astro awani)