Gempar!! Badan Bayi Berusia 3 Bulan Terbakar Sendiri

Wednesday, August 14, 2013 by
 Doktor mengesahkan Rahul mengalami kesan melecur tahap 10.
 



CHENNAI – Seorang bayi lelaki yang berusia tiga bulan mengalami luka melecur selepas badannya dilaporkan terbakar sendiri untuk kali keempat.

Bayi itu, Rahul telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan melecur di unit rawatan rapi di Chennai minggu lalu.

Menurut doktor, badan bayi berkenaan mengeluarkan api secara tiba-tiba dipercayai berpunca akibat pembuangan gas melalui kulit badannya.

Ia mengakibatkan bayi itu melecur di bahagian dada dan kepala.

“Bayi ini berada dalam keadaan stabil dan rawatan itu dijalankan untuk kecederaan lecur serta parut,’’ kata ketua unit paediatrik, R. Narayana Babu.

Jelas R. Narayana, bayi berkenaan kini berada di bawah pemantauan dan akan dibenarkan keluar dalam masa dua minggu.

Rahul, yang berasal dari Villupuram, mula mengalami insiden tersebut ketika dia berusia sembilan hari.

Ibunya, Rajeswari berkata, keadaan itu menyebabkan orang ramai menuduh dia membakar anaknya sendiri.

Jelasnya, situasi yang berlaku itu juga menyebabkan dia dan suaminya, yang juga seorang petani, dikecam oleh masyarakat menyebabkan mereka hilang segala-galanya.

“Kali terakhir badan Rahul terbakar adalah bulan lepas,’’ katanya.

Bagaimanapun doktor di hospital Kolej Perubatan Kilpauk yang merawat Rahul memberitahu, mereka hanya mendapat laporan mengenai keadaan Rahul daripada ibunya sahaja memandangkan bayi itu tidak mempunyai rekod perubatan.

“Bayi itu perlu dipantau dengan berhati-hati. Kita perlu menyiasat sama ada ia ada kaitan dengan genetik,’’ katanya.

Namun tidak semua percaya dengan dakwaan Rajeswari bahawa bayinya terbakar dengan sendiri.

Dalam pada itu, dianggarkan 200 kes melibatkan kes badan mengeluarkan api, namun ia biasanya melibatkan orang tua, orang sakit atau berada di bawah pengaruh alkohol.

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©