Sebastian Vettel Juara Grand Prix F1 Malaysia 2013

Sunday, March 24, 2013 by
Pemandu Infiniti Red Bull Racing, Sebastian Vettel menjuarai Grand Prix Formula 1 Petronas Malaysia 2013 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini. 


Sebastian Vettel mendahului di selekoh kedua sambil diekori pemandu Fernando Alonso dan Pilipe Massa pada GP F1 Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang hari ini.


PELUMBA Jerman, Sebastian Vettel dari Infiniti Red Bull Racing, memenangi Grand Prix Malaysia 2013 di Litar Sepang hari ini. Rakan sepasukannya dari Australia, Mark Webber di tempat kedua manakala pemandu Mercedes AMG Petronas F1 Team, Lewis Hamilton dari Great Britain di tangga ketiga.

Saingan sengit antara Vettel dan rakan sepasukan Mark Webber dalam detik akhir perlumbaan agak mengagumkan dan pengurus pasukan Christian Horner terpaksa mengarahkan mereka untuk menghentikan gerakan yang berisiko. Pemandu Jerman yang berusia 25 tahun itu akhirnya meraih kemenangan di Litar Antarabangsa Sepang sementara Webber 4.2 saat di belakangnya. Lewis Hamilton di tempat ketiga, tempat pertamanya di podium untuk Mercedes walaupun dicabar oleh rakan sepasukan Nico Rosberg dalam detik akhir perlumbaan.

Pengurus pasukan Ross Brawn juga telah memberi arahan untuk Rosberg supaya beliau mengikut strategi yang telah dirancangkan. Fernando Alonso, yang mula perlumbaan ke 200nya, terbabas dalam pusingan pertama. Bahagian depan kereta Alonso rosak apabila terbabas dengan kereta Webber tetapi beliau enggan masuk ke pit stop dan saingan dengan Webber menyebabkan bahagian sayap keretanya terkena tayar hingga menyebabkan beliau hilang kawalan.

Vettel terus memecut dalam matlamat meraih kejuaraan ke 38 dalam kerjayanya. Pemandu Jerman itu merupakan yang pertama untuk masuk ke pit stop untuk menukar kepada tayar basah, tetapi ia menyebabkan Webber mengambil alih tempatnya. Hamilton pula termasuk pit stop salah apabila melawati pasukan lamanya, McLaren, tetapi bekas rakan sepasukannya terus memberi isyarat untuk pemandu England itu keluar dan beliau akhirnya ke pit stop yang betul.

Vettel dan Webber kemudian bersaing dan pengurus pasukan Horner menyatakan di radio: “Jangan buat perkara yang bodoh Seb.” Vettel akhirnya menang tetapi keputusannya amat mengecewakan kepada Webber. Di pasukan Mercedes pula, Rosberg telah merayu yang beliau lebih pantas dari Hamilton tetapi Brawn berkata: “Negatif Nico, negatif. Kepantasan Lewis dengan keretanya adalah apa yang kami memerlukan. Beliau mampu meningkatkan kepantasannya jadi harap mengekalkan kawalan dalam perlumbaan.”

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©