Tahukah Anda: Kelawar Mempunyai 60 Jenis Virus Yang Berbahaya Kepada Manusia

Saturday, February 16, 2013 by


Banyak haiwan yang menjadi perumah atau alat penyebaran virus ke spesies lain, khususnya manusia. Namun, antara banyak binatang, kelawar adalah haiwan yang paling teratas menyebarkan virus. Penularan penyakit antara spesies ini disebut zoonosis.

Kelawar menjadi perumah kepada lebih dari 60 jenis virus yang boleh berjangkit kepada manusia.
Kajian terbaru menunjukkan jumlah virus pada tubuh kelawar adalah jauh melebihi dari virus yang ada pada tikus, iaitu mamalia yang sinonim sebagai punca pelbagai jenis penyakit.

Kajian juga menunjukkan kelawar menjadi agen asal kepada virus yang boleh membawa maut,seperti ebola dan enipah yang menyebabkan demam otak yang boleh membawa maut kepada orang yang dijangkitinya.

Namun, apa yang menakjubkan, kelawar tidak pernah berjangkit dengan virus-virus yang ada di dalam tubuhnya. Kelawar hanya menyebarkan virus-virus tersebut dari satu tempat ke tempat lain lalu menyebabkan haiwan lain dan manusia yang berjangkit kepada penyakit tersebut.

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©