Gempar! Bakso Daging Babi Hutan Dijual Di Pasar Cipete
Thursday, December 13, 2012 by Author
JAKARTA: Agensi Pertanian dan Maritim Jakarta Selatan semalam berkata, penjaja di tiga daerah di sini menjual bakso babi yang disangka mereka diperbuat daripada daging lembu.
Ketua agensi berkenaan, Agung Priambodo berkata, pihak berkuasa mendapati penjaja yang berniaga di Cilandak, Kebayoran Baru dan Kebayoran Lama itu membeli daging babi mentah dari sebuah rumah sembelihan di Cipete untuk digunakan dalam penjualan bakso mereka. “Penjaja terbabit terpedaya dengan harga murah daging berkenaan. Daging babi berharga 40,000 (RM12.70) hingga 45,000 rupiah (RM14.28) sekilogram, manakala daging lembu dijual pada harga RM28.56 hingga RM31.73 sekilogram,” katanya.
Dalam sidang akhbar diadakan, polis dan wakil Asosiasi Pedagang Daging Lembu Indonesia (ASDI) mendakwa rumah sembelihan yang terletak di pasar tradisonal Cipete di Jakarta Selatan terbabit sudah melakukan penipuan itu sejak dua tahun lalu. Pekerja di rumah sembelihan terbabit mendakwa mereka ditipu oleh pembekal yang melumurkan darah lembu ke atas daging babi itu.
"Di seluruh Indonesia, ada 3.5 juta penjual bakso. Kami menjualnya dengan benar dan halal".
" Perkara sebegini dirosakkan seorang dua mereka yang tidak bertanggung seperti ini!," kata Ketua Umum Persatuan Pedagang Mie dan Bakso Indonesia (Apmiso) Trisetyo Budiman seperti yang dipetik daripada akhbar Kompas!.
Tri yang juga pemilik restoran Bakso Ino ini berkata, untuk membuat bakso, diperlukan berbagai macam bumbu dan bahan campuran.
Daging lembu tetap menjadi bahan utama dalam penyediannya.
Untuk meringankan beban penjual, bakso dibuat dari daging lembu segar dan daging lembu beku import.
“Kerajaan Indonesia memang telah membantu dengan menyediakan kuota daging lembu beku dengan harga cukup murah untuk penjual bakso. Namun, ketika ini daging segar harganya terlalu tinggi, kerajaan harusnya bertindak sesuatu demi rakyatnya,” tegas Trisetyo.
Sementara itu, Persatuan Pedagang Daging Indonesia (APDI) berkata, bakso babi yang ditemui di pasar Cipete, Jakarta Selatan menggunakan daging babi hutan (celeng) yang harganya lebih murah dari babi ternak.
Ia dijelaskan Ketua Umum APDI Asnawi kepada detikFinance.
Asnawi memberitahu, daging babi yang terdapat di dalam bakso tersebut merupakan daging babi hutan (celeng) yang harganya lebih murah dibanding harga babi ternak.
Hal itu dilakukan peniaga bakso akibat dari melambungnya harga bakso daging ternak.
Katanya, babi hutan mudah didapatkan di hutan-hutan di wilayah Kalimantan, Sumatera, dan Lampung.
Harga daging babi berharga 40,000 (RM12.70) hingga 45,000 rupiah (RM14.28) sekilogram, manakala daging lembu dijual pada harga RM28.56 hingga RM31.73 sekilogram
“Mungkin kalau daging babi ternak memang mahal. Tapi, itu kan pakainya babi hutan (celeng) yang banyak terdapat di hutan dan harganya murah. Jadi, mereka itu berburu celeng,” katanya.
0 comments:
Post a Comment
KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©