London Syurga Membeli-Belah Barangan Berjenama
Saturday, November 10, 2012 by Author
London sangat terkenal sebagai kota fesyen kerana mempunyai destinasi membeli belah terbaik di negara itu terutama sekali dalam bidang fesyen.
Pelbagai jenis barangan juga dapat di beli di sana seperti barangan baru, seni, vintage sehinggalah ke produk antik.
Setiap barisan kedai kebanyakannya mempunyai tema serta pengkhususan tersendiri dan ia amat memudahkan pengunjung untuk mencari barangan yang diperlukan.
Kepada mereka yang suka membeli belah, London adalah tempat yang paling sesuai untuk mereka. Di jalan-jalan utama di sana sahaja sudah dipenuhi dengan deretan kedai-kedai runcit hinggalah ke barisan kedai mewah. Keadaan di sana sungguh meriah kerana tidak pernah lekang dari kunjungan orang ramai.
Bagi pengunjung yang mencari barangan cenderamata dari London untuk di bawa pulang mereka boleh berkunjung di Knightsbridge kerana kawasan disana adalah gabungan Bandar lama dan baru, manakala di Harvey Nichol dan Harrod pula terdapat pelbagai barangan berkualiti tinggi seperti dari jenama Burberry, Louis Vuitton dan Tiffany & Co.
Sekiranya ke lokasi Oxford dan Regent Street pula adalah kawasan beli-belah yang paling sibuk kerana disana ia popular dengan gedung-gedung pakaian pereka terkenal seperti John Lewis, Debenhams dan Liberty. Manakala barangan lelaki pula boleh didapati di Jermyn Street.
Bagi pengunjung yang meminati barangan antik, pakaian-pakaian vintage serta barangan yang unik dan luar biasa di Nothing Hill ada segalanya.
Manakala di Westbourne Grove pula pengunjung boleh melihat lebih banyak pusat membeli-belah yang canggih dan mewah.
Pusat membeli-belah terbesar Eropah seperti Debenhams, Next, Marks & Spencer dan DHouse of Fraser pula boleh didapati di lokasi Westfield London.
Terdapat juga lebih 275 kedai mewah yang mempamerkan lebih 700 jenama ada disana di bawah satu bumbung.
London sangat mewah dan terkenal dengan kota fesyennya dan dijamin akan memberi kepuasan kepada pengunjung yang datang dari serata dunia.
Oleh Diba S
0 comments:
Post a Comment
KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©