Wajah suspek yang dikehendaki oleh polis.
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM), hari ini, menerusi laman Facebook telah mengeluarkan sekeping gambar suspek yang dipercayai terlibat sama dalam kegiatan mencuri kereta mewah pada 11 Oktober lalu.
Shoo Kar Sin (700224-08-5259) dikatakan dapat membantu siasatan berhubung kes curi kenderaan (Seksyen 379 A Kanun Keseksaan) di sebuah pusat pameran kenderaan Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Berhubung kes berkenaan, seorang lelaki telah melarikan sebuah kereta mewah Porsche Panamera 4 berharga RM900,000 dengan berpura-pura mencari seorang rakan yang kononnya kakitangan di pusat pameran berkenaan.
Inilah model kereta Porsche Panamera berharga RM900,000 yang telah dicuri.
Siasatan lanjut mendapati suspek dikenali sebagai Mohd. Azri Mohd. Kassim, 31, dan dikehendaki polis kerana mempunyai 13 rekod kesalahan lampau dan pernah ditahan di bawah Ordinan Darurat di Simpang Renggam, Johor pada 2007 hingga 2008.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, suspek yang memakai baju kemeja putih dan bertopi baseball warna hitam memasuki bilik pameran kira-kira pada pukul 9.05 pagi.
Ketika itu, terdapat pengawal keselamatan dan tidak banyak kakitangan berada dalam premis tersebut memandangkan waktu operasi perniagaan hanya bermula pukul 10 pagi.
Suspek masuk ke ruang pameran dan berpura-pura mahu berjumpa dengan seorang kakitangan di pejabat tersebut.
Dia kemudiannya naik ke tingkat satu dan menggeledah meja di situ sebelum menemui sampul surat mengandungi anak kunci.
Selepas menemui anak kunci, suspek turun dan keluar dari ruang pameran sambil menekan anak kunci untuk mengetahui lokasi kereta yang menggunakan kunci tersebut.
Sebaik sahaja menemukan kereta berkenaan yang kebetulan di letak di luar premis itu, suspek terus memandunya dan melarikan diri.
Suspek pertama, sudah dapat ditangkap manakala suspek kedua sedang dikesan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan inidividu terbabit diminta menghubungi IPK Kuala Lumpur di talian 03-2146 0685 atau mana-mana balai polis berhampiran.
0 comments:
Post a Comment
KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©