Asisten Komisioner Polis Ditukar Atas Dakwaan Punya Hubungan Sulit Dengan Isteri Seorang Konstabel
Monday, October 22, 2012 by Author
JOHOR BARU: Seorang pegawai kanan polis yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan isteri anggotanya telah ditukar daripada ibu pejabat polis kontinjen Johor.
Menurut sumber, pegawai yang mempunyai pangkat Asisten Komisioner itu ditukarkan sementara menanti tindakan disiplin yang akan dikenakan terhadapnya daripada Bukit Aman.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Johor, Senior Asisten Komisioner Datuk Ismail Yatim mengesahkan kes berkenaan bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih berjalan.
Sebelum ini akhbar The Star pada 16 Oktober lalu melaporkan seorang anggota polis berpangkat konstabel membuat laporan polis di Melaka terhadap pegawai atasannya kerana didakwa mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.
Lebih mengukuhkan dakwaan tersebut apabila beliau telah mengekori isterinya pada 13 Oktober di sebuah resort di Ayer Keroh dimana mangsa mengaku menemui pegawai polis tersebut namun menafikan dakwaan dia tidur dengan lelaki berkenaan.
Konstable itu kemudiannya membuat laporan polis di Johor Baru beberapa bulan dahulu terhadap pegawai polis yang sama atas alasan serupa.
0 comments:
Post a Comment
KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©