Tahniah!! Polis Perak Berjaya Tangkap Enam Perompak Van Keselamatan Di Taiping

Tuesday, September 25, 2012 by
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan (dua dari kiri) menunjukkan sebahagian wang rompakan yang ditemui semula pada sidang akhbar di Ipoh semalam. (gambar kecil) suspek utama yang masih diburu oleh pihak polis,Mohamad Hafizuddin Zainal Abidin, 25

IPOH: Enam perompak yang terbabit dalam kes rompakan van keselamatan di Taiping, Selasa lalu, tidak sempat ‘berjoli katak’ dengan wang rompakan sebanyak RM571,000 apabila diberkas polis dalam dua operasi berasingan.


Suspek sebelum ini melarikan wang tunai berjumlah RM1.23 juta, namun polis berjaya memperoleh semula sebahagian daripada wang itu yang disorok di dua rumah di Georgetown, Pulau Pinang dan Kulim, Kedah.


Dalam serbuan pertama kira-kira jam 2.30 petang Sabtu lalu, polis menahan empat suspek berusia 24 hingga 40 tahun di hadapan sebuah premis makanan segera di Bandar Sunway Seberang Jaya, Pulau Pinang.


Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, polis turut merampas dua kereta model Honda City dan Proton Waja dipercayai digunakan suspek dalam rompakan itu.


Menurutnya, polis kemudian melakukan serbuan kedua di Georgetown dan Kulim, jam 4 pagi kelmarin dan memberkas dua lelaki masing-masing berusia 28 dan 47 tahun selain turut merampas sebahagian wang disembunyikan di dua rumah suspek.


“Semua suspek ditahan itu kini direman sehingga 28 September depan bagi membantu siasatan polis.


“Kes rompakan itu dianggap selesai selepas tertangkapnya semua suspek berkenaan, namun pihak polis masih menjejaki seorang lagi dalang rompakan berkenaan yang masih bebas,” katanya pada sidang akhbar khas di pejabatnya di sini, semalam.



 Suspek utama yang masih diburu polis,Mohd Hafizuddin Zainal Abidin

Shukri berkata, polis masih memburu Mohd Hafizuddin Zainal Abidin, 25, yang juga pekerja syarikat keselamatan yang disyaki menembak mati rakan setugasnya, Hasnol Hafez Saad, 28, beberapa minit sebelum rompakan berlaku.

“Kami yakin suspek turut terbabit merancang rompakan itu sebelum melarikan enam guni wang dari dalam van keselamatan dipandu mangsa. “Kami juga percaya sejumlah wang tunai dianggarkan bernilai lebih setengah juta ringgit masih berada pada suspek utama ini. Saya berharap suspek dapat menyerah diri seterusnya membantu melengkapkan siasatan kes berkenaan,” katanya.


Mohd Shukri berkata, kejayaan menumpaskan enam suspek itu hasil penubuhan satu pasukan khas diketuai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri sehari selepas kes rompakan itu berlaku.


“Kes berkenaan berjaya diselesaikan dalam tempoh tiga hari selepas rompakan berkenaan. Ia kejayaan bermakna buat polis kontinjen negeri kerana dapat menyelesaikan kes berkenaan dengan pantas,” katanya.




Gambar anggota Unit Forensik polis sedang memeriksa van keselamatan yang telah dirompak dan seorang pengawal keselamatan telah mati ditembak oleh rakan sekerjanya di Kamunting, Taiping, Perak,dalam kejadian 18 September lalu



Gambar pengawal keselamatan,Allahyarham Hasnol Hafiz Saad, 28, yang mati akibat terkena empat das tembakan dari jarak dekat di dada.


Dalam kejadian 18 September lalu,yang berlaku pada pukul 3 petang di Jalan Tekah-Aulong berdekatan sebuah pasar raya di Taiping, Hasnol Hafiz Saad, 28, mati akibat terkena empat das tembakan dari jarak dekat di dada. Mangsa ditemui mati di tempat duduk pemandu dengan kecederaan parah di perut, dada, bahu kanan dan betis kiri.


Sementara suspek yang dikenali sebagai Mohamad Hafizuddin Zainal Abidin, 25, menghilangkan diri bersama wang dan selaras senapang.


Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa dan suspek dalam perjalanan pulang selepas memungut wang daripada mesin deposit tunai beberapa buah bank di bandar Taiping dimana suspek dikatakan memaksa rakan setugasnya menggunakan laluan lain ketika hendak pulang ke pejabat.


Seorang saksi mendakwa, dia melihat suspek melarikan diri bersama beberapa beg mengandungi wang dengan menaiki sebuah kereta Honda Civic hitam yang berada beberapa meter di belakang van keselamatan tersebut.


Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd. Diah berkata, pemeriksaan mendapati enam daripada 13 karung berisi wang lesap.


“Enam karung itu dipercayai mengandungi wang lebih RM1.2 juta dan siasatan awal mendapati bahagian luar van itu tidak mempunyai kesan dilanggar.

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©