18SX: Video Seks Penyanyi Kanye West Tersebar

Sunday, September 23, 2012 by


Los Angeles – Penyanyi  Kanye West kini dalam kebimbangan dan ketakutan selepas terdapat khabar angin terdapat satu pita video yang memaparkan dia melakukan hubungan seks dengan seorang wanita misteri.

West, 35, yang juga teman lelaki kepada Kim Kardashian itu dikatakan melakukan seks dalam pelbagai posisi.

Dia kini amat sedih dengan khabar angin berkenaan, bimbang video seks itu ditonton oleh orang ramai.

Video selama 20 minit itu dipercayai telah dirakamkan bersama seorang wanita yang tidak dikenali dan dilakukan di sebuah bilik hotel.

Wanita itu, yang telah berkahwin dilaporkan memaklumkan dia telah berusia lebih 18 tahun dan bersetuju untuk melakonkan adegan berkenaan.

“Saya dan suami tidak lagi melakukan hubungan seks dan sebab itulah saya berada di sini,’’ katanya.

Menurut  RadarOnline.com , wanita misteri itu dilaporkan mempunyai paras rupa yang sama dengan Kim.

“Pita rakaman seks itu telah dijual dan ramai yang berminat dengannya, namun Kanye amat takut. Dia tidak mahu pita itu diterbitkan dan akan melakukan apa sahaja untuk memastikan ia tidak tersebar.

“Jika pita itu memasuki pasaran, maka penerbitnya akan meraih keuntungan berlipat ganda dan pastinya ramai yang menanti untuk menyaksikannya,’’ kata satu sumber kepada RadarOnline.com.

Dalam rakaman itu, Kanye dilaporkan memakai kondom dan ia dirakamkan ketika Kanye belum berpacaran dengan Kim.

Sementara itu, Kim kini dilaporkan berada di Australia bersama rakan selebritinya, Mel B untuk mempromosikan produk mengurangkan berat badan QuickTrim.

Susulan isu pita berkenaan, Kim kini menjadi buruan wartawan.

Bagaimanapun isu pita seks itu bukan perkara baru kepada Kim, malah pada 2007, dia menjadi popular selepas pita rakaman seks dengan bekas teman lelakinya, Ray J tersebar kepada umum.

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©