CEO Yahoo Letak Jawatan Kerana Guna Ijazah Palsu Dalam CV

Monday, May 14, 2012 by
Scott Thompson telah mengetuai Yahoo sejak Januari lalu.

NEW YORK - Ketua Eksekutif Yahoo, Scott Thompson meletakkan jawatan semalam ekoran dakwaan bahawa beliau menggunakan ijazah sains komputer palsu dalam vitae kurikulum (CV).

Susulan satu mesyuarat lembaga pengarah pagi semalam, syarikat itu mengesahkan bahawa Thompson, yang mengetuai firma perkhidmatan Internet itu sejak Januari lalu, akan meninggalkan Yahoo.

Thompson akan digantikan oleh ketua media global Yahoo, Ross Levinsohn.

Yahoo jug berkata, Roy Bostock, pengerusi syarikat itu, juga akan berundur dan akan diganti oleh Fred Amoroso, seorang eksekutif teknologi veteran.

Thompson berhadapan dengan tekanan sejak aktivis Daniel Loeb dari Third Point mendakwa beliau menggunakan ijazah palsu dalam CVnya.

Beliau dibawa menyertai Yahoo dari PayPal awal tahun ini.

Yahoo sebelum ini mengakui pihaknya sedar yang Thompson tidak ada ijazah dalam jurusan sains komputer.