Pembunuh Bersiri Ditemui Mati Tergantung Dalam Tandas

Thursday, April 19, 2012 by
Chamlong “Nirut” Sonkhamhan
 
PRACHUAP KHIRI KHAN: Seorang pemandu lori pikap Thailand yang dituduh melakukan pembunuhan bersiri menggunakan racun tikus ditemui mati tergantung di bilik tahanannya, semalam.

Ketua Polis Klong Wan, Noppadon Thuwangkawat, berkata pegawai bertugas di lokap itu cuba menyelamatkan Chamlong “Nirut” Sonkhamhan, tetapi gagal.

Kata Noppadon, Chamlong kelihatan tertekan dan tidak menunjukkan banyak reaksi ketika disoal siasat malam kelmarin.

“Apabila dihantar ke selnya, dia diletakkan di bawah pengawasan anggota bertugas,” katanya.

Menurut Noppadon, Chamlong masuk ke tandas dalam sel itu kira-kira jam 5.30 pagi dan ditemui mati tergantung tidak lama kemudian.

“Dia menjerut lehernya dengan kain yang diikat pada siling,” katanya.

Polis menahan Chamlong, 43, disyaki membunuh pemandu lori pikap yang disewanya sebelum mencuri kenderaan serta barang berharga milik mangsa.


Sidang akhbar oleh pihak polis selepas pembunuh bersiri ini berjaya ditangkap.


Lori pikap itu kemudian dijual semula kepada kumpulan penjenayah di Hat Yai.

Pembunuhan itu dipercayai bermula sejak Januari 2011 dan berlanjutan hingga 9 April lalu. Sembilan pemandu lori menjadi sasaran Chamlong dan empat daripadanya maut, manakala tiga lagi terselamat.Bagaimanapun dua orang pemandu lagi gagal ditemui. - BP

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©