Isteri Dituntut Bayar RM1 Juta Kerana Mungkir Janji

Tuesday, April 10, 2012 by
CINTA FACEBOOK... Gambar perkahwinan Muhammad Sem dan Norlysalfarina pada 12 November 2010 di Terengganu.

KUALA LUMPUR – Terkilan dan sedih dengan tindakan isteri yang didakwa lari bersama teman lelakinya, seorang mualaf memfailkan permohonan nusyuz terhadap jururawat sebuah hospital kerajaan selain menuntut ganti rugi RM1 juta kerana memungkiri perjanjian perkahwinan.

Pembantu arkitek, Muhammad Sem Yap Abdullah, 39, selaku plaintif mengemukakan permohonan tersebut terhadap isterinya, Norlysalfarina Zainal, 30, di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada 16 Januari lalu.

Bagaimanapun, plaintif yang diwakili peguam syarie Othman Wahab hadir ke mahkamah semalam untuk membuat pindaan terhadap tuntutan itu.

Permohonan itu didengar di hadapan Hakim Syarie Ab Malek Awang yang seterusnya menetapkan sebutan kes itu pada 21 Mei ini.

“Mahkamah menetapkan 21 Mei ini untuk sebutan bagi dua perkara iaitu bagi mengesahkan writ saman disampaikan kepada defendan selain untuk memutuskan sama ada kes itu wajar dibawa ke Mahkamah Tinggi untuk bicara,” kata Othman. Plaintif yang bekerja sebagai pembantu arkitek di sebuah firma sebelum ini sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki, namun bercerai pada 2005 manakala ia adalah perkahwinan pertama bagi defendan.

Permohonan nusyuz yang dibuat mengikut Seksyen 59(2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan (Akta 303) itu meminta supaya Norlysalfarina kembali taat terhadap suaminya.

Sekiranya defendan enggan taat, mahkamah akan mensabitkan wanita itu nusyuz dan dengan itu, dia tidak boleh meminta sebarang nafkah edah, mutaah dan nafkah sebagai isteri sepanjang meninggalkan rumah kelamin.

Plaintif dalam afidavit permohonan tersebut berkata, sebelum berkahwin, mereka telah membuat perjanjian perkahwinan bertarikh 7 November 2010 iaitu sekiranya defendan mungkir janji syarat-syarat perkahwinan, dia perlu membayar ganti rugi RM1 juta kepada plaintif.

Jelas plaintif, dia dan Norlysalfarina berkenalan menerusi laman sosial Facebook sebelum mengambil keputusan bernikah di Kerteh,Terengganu pada 12 November 2010 demi menyelamatkan wanita itu yang didakwa ketika itu mempunyai masalah dalaman. Hantaran perkahwinan pasangan itu berjumlah RM15,000.

“Namun selepas bernikah kami terpaksa tinggal berasingan atas alasan kerja dengan defendan menetap di Kerteh. Bagaimanapun, pada Jun 2011, atas usaha saya, defendan berpindah ke Hospital Selayang,” kata Muhammad yang memeluk agama Islam sejak 1994.

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©