Wajah 'Hacker Anonymous' Higinio O. Ochoa III
Gara-gara kekasihnya yang memuat naik gambar tidak senonohnya di Twitter, kelicikan hacker Anonymous yang sangat dicari tewas juga akhirnya dan berjaya ditangkap oleh FBI.
Hacker bernama Higinio O. Ochoa III pada tahun lalu menjadi isu hangat kerana dituduh melakukan hack kepada beberapa portal dan laman web kerajaan Amerika Syarikat dengan mengunakan nama samaran Anonymous.
Kylie Gardner atau Ochoa,teman wanita Higinio O. Ochoa III
Seperti diberitakan oleh Daily Mail, Sabtu (14/4/2012), polis berjaya mengesan hacker tersebut melalui gambar yang lokasi gambar tersebut diambil dilakukan di Australia.
Hacker berusia 30 tahun ini adalah seorang programmer komputer yang tinggal di Galveston, Texas, Amerika Syarikat (AS). Gambar tersebut ialah gambar sexy seorang wanita dengan sebuah tulisan,”‘PwNd by w0rmer & CabinCr3w <3 u B****'s!'.
FBI kemudian berjaya mengenalpasti identiti Ochoa yang menyebut dirinya sebagai ‘w0rmer online’ dan merupakan anggota CabinCr3w, sebuah kumpulan kecil dari Anonymous.
Februari lalu, Ochoa, melalui akaun Twitter @AnonW0rmer memasukkan link sebuah laman di mana data-data dari portal kerajaan AS di’tweet’. Di bahagian bawah laman itu terdapat gambar perempuan memakai sebuah ‘sign’. Data itu menunjukkan gambar itu diambil menggunakan iPhone.
Hasil GPS menunjukan gambar-gambar itu diambil dari handphone di sebuah rumah di Wantirna South, Melbourne dan apabila disiasat perempuan tersebut adalah kekasih Ochoa yang bernama Kylie Gardner.
Setelah FBI memantau dalam jangka waktu yang lama, mereka kemudian menyerbu rumah Ochoa pada 20 Mac lalu dan menangkapnya.
Sumber: Daily Mail
0 comments:
Post a Comment
KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©