Cara Semak Status CTOS Dan CCRIS
Monday, April 09, 2012 by Author
CTOS (Credit Tip Off Service) biasa dikaitkan dengan Blacklist tetapi sebenarnya CTOS merupakan lead information system yang berfungsi untuk memberi maklumat kepada bank & institusi kewangan untuk menilai risiko pemohon pinjaman panel.
CTOS tidak membuat penilaian atau memberi pendapat tentang mana-mana peminjam. Ianya hanya menyimpan rekod tentang pinjaman sedia ada dan pinjaman lama yang dibuat peminjam.
Maklumat ini amat berguna kepada pemberi kredit seperti institusi kewangan dalam proses penilaian pemohon pinjaman. Oleh itu, besar kemungkinan apabila anda memohon pinjaman baru, institusi kewangan akan merujuk kepada sistem CTOS untuk maklumat tentang anda dan pinjaman lama anda.
Sekiranya anda ingin tahu sama ada nama anda tersenarai dalam CTOS anda boleh melawat laman web CTOS Sdn Bhd atau melawat CTOS service centre di:
anda boleh menyemak rekod ctos anda di pejabat ctos
CTOS Sdn. Bhd
Unit A-8-4,8th Floor, Megan Megan Avenue 1,
No 189, Jalan Tun Razak, 50400, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 603-27708833 Fax: 603-27708834
Laman web : www.ctos.com.my
CTOS service centre juga boleh membantu anda:
(1) mendapat customer training
(2) memperbetulkan maklumat salah disebabkan kesilapan dalam sistem
(3) merekodkan settlement hutang lama dalam sistem
Cara Semak - Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS)
semak status ccris semasa memohon pinjaman
Central Credit Reference Information System (CCRIS)
CCRIS memproses data kredit yang diterima daripada institusi kewangan secara automatik dan menggabungkan maklumat tersebut ke dalam laporan kredit. Data ini akan dibekalkan semula kepada institusi kewangan yang memohon untuk mendapatkan maklumat kredit pelanggan.
Sistem CCRIS dikendalikan oleh Biro Kredit yang ditubuhkan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 1958 dan telah beroperasi sejak tahun 1982. Biro Kredit Bank Negara Malaysia, seperti biro kredit lain di seluruh dunia, pada amnya mengumpul maklumat kredit peminjam daripada institusi kewangan dan menyalurkan semula maklumat tersebut kepada institusi kewangan berkenaan dalam bentuk laporan kredit melalui sistem yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (Central Credit Reference Information System, CCRIS). :
Bank dan institusi kewangan merujuk kepada ccris untuk menilai setiap permohonan pinjaman
Institusi kewangan menyediakan kemudahan kredit kepada pelanggan sama ada untuk tujuan perniagaan atau peribadi. Bagi membantu institusi kewangan menilai dan membuat keputusan berkenaan permohonan kredit, institusi kewangan tersebut memerlukan maklumat terkini dan tepat mengenai bakal pelanggan mereka. Oleh itu, maklumat dalam laporan kredit boleh membantu institusi kewangan membuat keputusan berdasarkan maklumat yang mencukupi berhubung dengan permohonan kredit.
Anda boleh memohon semakan data dalam sistem CCRIS di laman web mereka:
http://creditbureau.bnm.gov.my/
Kredit: Sumber
just want to say..
ReplyDeletei faham ttg right click and ctrl+c disable utk blog ini. ia adalah utk elakkan plagiary issue. (mmg skt hati bila ada copycat ni..!)
tp dlm entri u ni ada sertakan a few links, so bile nk buka link tu, i prefer just select n right click. it's easier kan..but since u dh setup to unable those privileges,bg i agak mcm x best la. how about u create a hyperlink for whatever link u provide, maybe that'll help. so senang nti just click pd link tu n x pyh nk copy2 lg..
besides, sedikit sebanyak u pon ada copy n paste from somewhere kan...:)
however, info dlm entri u ni mmg sgt amat bagus dan sgt membantu. n for that, i say tqvm..hope no offense and i just luahkan pendapat i..that's all..
wish u for the best of luck in future...