'Black Widow' Jepun Dihukum Mati Kerana Membunuh Tiga Orang Lelaki

Saturday, April 14, 2012 by
Gambar fail yang tidak bertarikh ini menunjukkan Kanae Kijima, 37, didapati bersalah oleh Mahkamah daerah Saitama di Tokyo, Jepun kerana membunuh tiga lelaki yang pernah keluar dating bersamanya, yang dikenali menerusi Internet. Kanae membunuh mangsa selepas memperdayakan wang mereka dan menjadikan kematian kesemuanya sebagai bunuh diri, demi mengejar kemewahan. - AFP


INI ada satu kisah yang telah menarik perhatian ramai di Tokyo Jepun. Seorang wanita yang digelar "black widow" kerana membunuh kesemua lelaki yang keluar dating bersamanya telah dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah Wilayah Saitama.

Kes wanita itu yang bernama Kanae Kijima, 37, digelar “black widow” sempena mengambil nama labah-labah betina paling beracun di dunia yang akan membunuh pasangan jantannya selepas mengawan.

Dalam kes Kanae, dia telah didapati bersalah membunuh tiga orang lelaki selepas keluar dating bersama mereka. Kesemua mangsanya berusia 41 tahun, 53 dan mangsa ketiga berusia 80 tahun. Dia mengenali mereka menerusi satu laman internet.

Semasa perbicaraannya, mahkamah dimaklumkan bahawa Kanae membunuh lelaki-lelaki berkenaan dengan cara meracun mereka menggunakan karbon monoksida hasil daripada membakar arang selepas terlebih dahulu memberi mereka ubat tidur.

Dia bertindak membunuh kesemua mangsanya setelah memperdayakan wang mereka.



 
Sepanjang kes perbicaraan berlangsung, Kanae sentiasa menggenakan skirt pendek dan memperlihatkan gaya hidup mewah walaupun tidak bekerja. Tidak syak lagi gaya hidup mewah itu adalah hasil daripada wang yang diperolehi daripada mangsa-mangsa yang dibunuhnya itu.

Kes ini mendapat perhatian ramai sehingga dianggarkan lebih 1,500 orang awam sanggup berbaris panjang untuk cuba mendapatkan 49 kerusi yang disediakan di galeri awam dalam bilik mahkamah.

Kes ini juga mendapat perhatian ramai kerana tidak sepertimana kes-kes pembunuhan yang lazim yang mana pihak pendakwaraya banyak bergantung kepada pengakuan saksi-saksi tetapi dalam kejadian ini, hampir keseluruhan bahan bukti adalah ‘ditunjukkan’ sendiri oleh tindak tanduk dan perbuatan tertuduh.

Misalnya, polis dapat membuktikan bagaimana Kanae sendiri bertanggungjawab membeli pil tidur dan arang dan fakta bahawa dia didapati menemui kesemua mangsa sebelum mereka dibunuh.

Kanae telah membunuh Takao Terada dan Kenzo Ando, 80, di Tokyo dan Chiba pada Januari serta Mei 2009 dengan membakar arang di dalam rumah mereka selepas memberi pil tidur tanpa disedari oleh mangsa-mangsanya itu.

Cara yang Kanae gunakan itu adalah kaedah membunuh diri yang sering dilakukan oleh kebanyakan orang Jepun.

Seorang lagi mangsanya, Yoshiyuki Oide, 41, ditemui mati di dalam sebuah kereta sewa juga dengan kaedah yang sama di Wilayah Saitama pada Ogos 2009.

Ketika perbicaraannya Kanae mendakwa dua daripada mangsanya itu membunuh diri kerana kecewa setelah dia ingin meninggalkan mereka.

Dakwaannya itu gagal menyakinkan mahkamah.

Bagaimanapun wanita itu menegaskan, dia tidak bersalah dan mahu mengemukakan rayuan berhubung hukuman yang dijatuhkan.

Kes itu menarik perhatian di Jepun dengan lebih 1,000 orang berbaris panjang untuk masuk ke mahkamah yang hanya menyediakan 50 kerusi.

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©