Yahoo! Saman Facebook Kerana Mencabuli 10 Hak Cipta

Wednesday, March 14, 2012 by


SAN FRANCISCO - Syarikat enjin pencari gergasi, Yahoo telah memfailkan saman terhadap laman sosial Facebook di Mahkamah California, kelmarin selepas mendakwa rangkaian sosial terbesar itu mencabuli 10 hak cipta termasuk kaedah dan sistem pengiklanan yang dihasilkan oleh perintis Internet itu.

Tuntutan tersebut telah difailkan oleh Yahoo Inc di Mahkamah Persekutuan San Jose, California pada hari Isnin lalu.
Tuntutan oleh Yahoo Inc di Mahkamah adalah untuk hak cipta miliknya menurut undang-undang.Tindakan Yahoo ini adalah berikutan pengumuman oleh Facebook Inc untuk penyenaraian tawaran awam awal yang akan melonjakkan nilai saham syarikat Facebook Inc sehingga mencecah $100 bilion (USD).

Dalam memutuskan tindakan untuk mendakwa Facebook, Yahoo telah menggunakan firma guaman,Quinn Emanuel Urquhart & Sullivan.Firma guaman ini juga digunakan oleh Google dan syarikat-syarikat gergasi lain dalam kes-kes yang berkaitan dengan Android dan paten telefon pintar.Google adalah pemain utama dalam media sosial dengan perkhidmatan + Google.

Difahamkan, Yahoo telah melabur dalam jumlah besar untuk penyelidikan dan pembangunan bagi menghasilkan pelbagai hak cipta teknologi seperti syarikat pesaing lain.

“Teknologi ini adalah asas kepada perniagaan kami yang telah berjaya memperoleh 700 juta pelawat sebulan dan semangat inovasi serta kreativiti dipaparkan menerusi Yahoo,” menurut kenyataan syarikat tersebut yang berpusat di California.

Sementara itu, jurucakap Facebook yang telah diasaskan pada 2004, sedekad selepas Yahoo bertapak di dunia siber menyatakan mereka kecewa dengan tindakan syarikat tersebut.

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©