Paderi Bergaduh Besar Hanya Kerana Sebatang Penyapu!

Thursday, December 29, 2011 by


Hanya kerana sebatang penyapu yang dikatakan masuk ke kawasan larangan, ratusan paderi-paderi di Gereja Nativity di Baitul Laham, Baitulmaqdis, Palestin, bergaduh besar sehingga membabitkan campur tangan pihak berkuasa tempatan.
Gereja Nativiti yang dianggap antara gereja yang tertua dan suci itu dibina mengikut struktur asal gua kelahiran Nabi Isa AS didiami bersama oleh tiga golongan mazhab Kristian iaitu Franciscan, Greek Ortodoks dan Armenian.
Memandangkan ketiga-tiga mazhab ini selalu bertelagah sesama mereka, pihak gereja telah mengasingkan mereka kepada tiga kawasan setiap satu dan dilarang sama sekali untuk masuk ke kawasan berlainan mazhab.
Seperti kebiasaan di gereja itu, paderi-paderi bagi ketiga-tiga golongan mazhab itu akan bergotong-royong bersama membersihkan gereja itu selepas sambutan Hari Natal diadakan.
Bagaimanapun dalam kejadian yang baru berlaku sewaktu membersihkan gereja semalam, seorang paderi Armenian telah menuduh sebatang penyapu paderi Greek Ortodoks telah sengaja diletakkan memasuki kawasan mereka.
Ekoran tindakan yang disifatkan sebagai melanggar kawasan Armenian Apostolik, maka berlakulah pergaduhan besar ala-ala ‘KL Gangster’ di antara paderi Armenian dan Greek Ortodoks!
Menurut kenyataan dari Polis Baitul Laham, Leftenan Kolonel Khaled At-Tamimi kepada media antarabangsa, Reuters, pergaduhan tersebut merupakan ‘acara tahunan’ di gereja itu memandangkan ia berlaku pada setiap tahun selepas Hari Natal.
“Ia adalah masalah biasa..tiap-tiap tahun ia (pergaduhan besar) berlaku,” katanya.
Bagaimanapun, Khaled memaklumkan bahawa tiada tangkapan dibuat terhadap paderi-paderi itu memandangkan mereka adalah “the men of God” (orang-orang Tuhan).
“No one was arrested because all those involved were men of God (Tiada seorang pun yang ditangkap kerana mereka semua adalah ‘orang-orang Tuhan’,” kata Khaled lagi.
Menurut WashingtonPost.com, pergaduhan besar tercetus di antara paderi-paderi gereja itu tahun lalu disebabkan oleh proses membaik pulih bumbung gereja itu yang semakin mereput.
Pada tahun 2008, berlaku pergaduhan di kalangan paderi-paderi yang sama berhampiran makam Nabi Isa AS di mana ia mengakibat dua orang paderi telah ditahan pihak polis kawasan itu.

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©