Seludup Telefon Bimbit Guna Helikopter Mainan Kawalan Jauh (RC) ..

Tuesday, September 27, 2011 by

Pihak Polis merampas sebuah helikopter kawalan radio yang membawa telefon bimbit dan aksesori untuk diseludup kedalam Penjara Pusat Khao Bin di Ratchaburi,Thailand.


RATCHABURI (THAILAND): Apabila keinginan untuk berhubung dengan dunia luar yang telah disekat apabila berada didalam penjara telah memberikan idea kreatif kepada banduan di Penjara Pusat Bin Khao.Banduan-banduan di penjara ini telah menggunakan helikopter mainan kawalan jauh (RC) untuk menyeludup telefon bimbit kedalam penjara.

Pihak berkuasa merampas sebuah helikopter kawalan radio yang membawa telefon bimbit dan aksesori untuk diseludup kedalam penjara pusat Khao Bin di Ratchaburi,Thailand.
Pegawai di penjara di daerah Muang menemui kaedah penyeludupan telefon bimbit cara baru semalam,selepas mereka mendapati helikopter mainan kawalan jauh telah terhempas kira-kira 500 meter di luar penjara dengan keselamatan tahap tinggi itu.

Helikopter mainan itu membawa tujuh telefon bimbit,empat telefon satelit, enam kad sim, lapan bateri telefon bimbit dan tiga panel skrin telefon.Peralatan telekomunikasi tersebut disyakki akan diturunkan  di dalam kawasan penjara.

Menurut Maj Gen Phetcharat Saengchai Ketua Polis Ratchaburi berkata,pegawai-pegawai penjara telah menerima laporan bahawa terdapat cubaan untuk menyeludup telefon bimbit.
Telefon bimbit dan aksesori yang dirampas bernilai kira-kira tiga juta baht. Walau bagaimanapun jika telefon bimbit diseludup masuk ke penjara dengan jayanya nilainya akan melonjak sebanyak 10 juta baht, kata pegawai tersebut.

Saiphan Chiamprachop, 38, pemilik ladang ubi kayu di mana lokasi helikopter mainan tersebut datang, berkata beliau tidak nampak sesiapa yang mungkin telah mengawal helikopter tersebut. Tetapi beliau berkata,sejurus sebelum kemalangan itu berlaku, dia melihat kehadiran kenderaan jenis pick-up beberapa kali.

Penjara Khao Bin adalah  penjara dengan tahap keselamatan paling tinggi yang menempatkan ramai banduan yang dijatuhi hukuman atas kesalahan dadah yang serius dari seluruh negara Thailand.
Khao Bin adalah penjara pertama di negara Thailand yang dilengkapi dengan alat penghalang sistem isyarat telefon bimbit.

Alat ini telah dipasang sebagai tindak balas pihak berkuasa penjara tersebut untuk mengekang kegiatan penyeludupan besar-besaran telefon bimbit oleh banduan-banduan di penjara tersebut.
Sumber: Bangkok Post

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©