Isteriku Adalah Seorang Lelaki...

Tuesday, June 07, 2011 by
http://akubudakkola.blogspot.com


RAHMAT SULISTYO (kiri) yang menyamar sebagai wanita berkahwin dengan Muhammad Umar di Kampung Bojongsari, Indonesia pada 19 September 2010.

BEKASI - Seorang lelaki, Rahmat Sulistyo yang menyamar sebagai wanita dan berkahwin dengan lelaki lain didakwa di sebuah mahkamah semalam, lapor akhbar dalam talian Kompas.com semalam.
Dia didakwa menggunakan identiti palsu dan menyamar sebagai wanita bernama Friska Anatasya Oktaviany semasa berkahwin dengan seorang lelaki, Muhammad Umar pada tahun lalu.

Lelaki itu berkahwin dengan Muhammad di rumahnya di Kampung Bojongsari, Kelurahan Jatisari, Kecamatan Jatiasih, Kota Bekasi pada 19 September 2010 selepas mereka berkenalan menerusi Facebook.
Dalam pendakwaan semalam yang merupakan hari pertama perbicaraan, Rahmat didakwa memalsukan keterangan dalam dokumen pernikahan dan menggunakan dokumen palsu.
Jika disabitkan kesalahan, dia akan dihukum penjara tujuh tahun.

Semasa pernikahan itu, penghulu di kampung tersebut tidak mengetahui bahawa Rahmat menyamar sebagai seorang wanita.






Setelah Fransiska terperangkap dalam kes pemalsuan identiti dan jantina,beliau telah ditahan di Polsek Jatiasih, Bekasi, Jawa Barat.Kes ini bermula apabila ianya dilaporkan oleh suaminya sendiri iaitu Umar yang berasal dari Bojongsari, Bekasi.

Fransiska Anatasya Oktaviany telah berkahwin dengan Umar pada akhir September 2010. Perkenalan Fransiska dengan Umar melalui Facebook semenjak bulan Ogos 2010.

Selama perkenalan, Umar tidak menyeari yang Fransiska adalah seorang lelaki. Fransiska sentiasa memakai jilbab untuk menutup identitinya yang merupakan seorang lelaki. Ketika proses pernikahan hendak dijalankan Fransiska telah meminta seorang kawannya untuk mengaku sebagai bapanya.

Identiti sebenar Rahmat terbongkar enam bulan selepas dia bernikah setelah suaminya memeriksa tubuh 'isterinya' itu ekoran rungutan jiran-jiran mereka bahawa kelakuannya seperti lelaki dan mempunyai janggut.

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©