Goreng Ayam Guna Tangan

Monday, June 06, 2011 by
http://akubudakkola.blogspot.com

 
Chiang Mai, Thailand - Mr Trichan, 50 tahun begitu terkenal dengan kebolehan luar biasanya... menggoreng ayam tanpa menggunakan sudip atau senduk.  Beliau hanya menggunakan tangannya untuk memasukkan ketulan ayam ke dalam minyak masak panas mendidih.  Kemudian memasukkan tangannya lagi untuk mengangkat ayam goreng yang sudah masak dari dalam kuali  yang penuh dengan minyak masak mendidih pada suhu 480c.  Namun tangannya tetap elok tanpa sebarang kecederaan akibat kesan minyak yang panas itu.
 
 
 Superhands: Kann Trichan feels no pain and his skin is unaffected by the boiling fat at his fried chicken stall in Chiang Mai, Thailand
 
Mr Trichan berkata, " Ketika saya memasukkan tangan ke dalam minyak yang sedang panas mendidih 480c, saya memang terasa panasnya tetapi ia tidak menyebabkan kulit tangan saya terbakar atau melecet.  Saya boleh memasak nasi, menggoreng, dan apa saja dengan tangan kosong tanpa menggunakan alatan memasak,"
Warungnya yang terletak di Chiang Mai, 470 batu utara Bangkok sentiasa menjadi tumpuan pelancong asing dan orang ramai bukan saja kerana ayam gorengnya yang sedap tetapi juga untuk menyaksikan sendiri kebolehan luar biasanya itu.  
 
 Fast finger food: Mr Trichan holds the world record for plucking 20 pieces of chicken from 480c fat in one minute
Mr Trichan merupakan pemegang rekod "Guinness Book of World Record" untuk kategori mengangkat 20 ketul ayam daripada minyak masak mendidih 480c  selama 1 minit.
Selama tujuh tahun terakhir Mr Trichan telah menjadi bintang antarabangsa dan telah mengelilingi dunia bersama isterinya, Tuan, 45, menunjukkan kepakarannya. 
 
 Tourist attraction: Over the past seven years Mr Trichan has become a celebrity with people flocking to his stall in Chiang Mai

1 comment:

  1. Salam kunjungan, blog yg menarik.. senang2 singgah la ke blog saya ;)

    http://www.zuwairiaiman.com

    ReplyDelete

KOMEN @ AKU BUDAK KOLA©